najib umum 4 berita gembira buat pesara polis

Sumber berita: Utusan Online

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan empat berita baik buat lebih 120,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Kerajaan telah bersepakat untuk meluluskan peruntukan bernilai RM3 juta setiap tahun bagi tempoh 3 tahun kepada Tabung Amanah Warisan Polis yang berfungsi untuk menjaga kebajikan keluarga pesara polis.

Selain itu, golongan pesara tentera juga akan memanfaatkan kuota khas untuk menunaikan ibadah fardu haji. Ini dapat memendekkan tempoh menunggu sedia ada yang agak panjang iaitu puluhan tahun.

Namun, Najib masih belum memberi kata putus akan jumlah sebenar kuota khas untuk jemaah haji berkenaan. Ini berikutan beliau sedang menantikan ‘isyarat’ rasmi daripada Raja Arab Saudi sendiri, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan kuota khas daripada 10,000 unit skim perumahan mampu milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) supaya golongan pesara ini mampu memiliki rumah.

“Atas nasihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, unit hal ehwal veteran polis disusun semula dan cawangan dibuka di setiap negeri bagi memudahkan kita bantu khususnya aspek kebajikan.

“Tuan-tuan, saya tahu ini bukanlah nilai sumbangan tuan-tuan yang memang tidak ternilai,” ujar Najib sewaktu memberi ucapan.

Sekitar 5,000 pesara polis datang ke Majlis Perjumpaan Pesara Polis Dengan Perdana Menteri yang dianjurkan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Upacara itu turut menyaksikan kehadiran Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Sumber berita:

1.    Mynewshub

2.    Agensi

3.    HAA


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)