Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/mfmirafilzah & Instagram.com/houseofleather.my

Siapa sangka pelakon Mira Filzah mengumumkan khabar gembira yang dia akan mewakili sebuah jenama pereka fesyen tempatan sebagai seorang model di pentas bertaraf antarabangsa 'New York Modest Couture Fashion Week' pada 8 sehingga 10 September ini bersempena 'Minggu Fesyen New York' di Amerika Syarikat.

Alhamdulillah ada beberapa projek yang akan memerlukan saya ke luar negara dan paling saya teruja dapat mewakili sebuah jenama di pertunjukan fesyen di New York.


Malah saya turut diberi peluang untuk memperagakan pakaian jenama yang tak dapat saya sebutkan ketika ini di pertunjukan fesyen itu .

Pertama kali menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat, Mira memberitahu bahawa 'New York Modest Fashion Week' yang bertempat di The Crowne Plaza, Times Square, New York itu bakal mengetengahkan fesyen sederhana dan Muslimah dari seluruh dunia.

Aktres berumur 24 tahun itu juga berharap keberangkatannya ke New York pada akhir bulan Ogos hadapan sebagai persiapan awal dapat menjadi batu loncatan kepada kerjaya seninya ke tahap yang lebih tinggi.

Saya akan pergi awal untuk menjalani penggambaran baju-baju yang akan diperagakan selain mengambil peluang untuk berjalan-jalan memandangkan ini kali pertama saya ke Amerika Syarikat.


Diharap penyertaan saya ini juga dapat memberi pendedahan selain mencari kenalan-kenalan baru dalam mengembangkan karier seni .

Dalam pada itu, Mira juga sedang sibuk menggalas tanggungjawab sebagai hos program 'Mahligai Cinta' yang kini memasuki musim kedua yang bakal disiarkan di TV3 dalam masa terdekat. Malah, Mira juga baru selesai menjayakan penggambaran sebuah drama berjudul 'Dosa Perempuan' yang turut menampilkan pelakon Redza Rosli dan Nad Zainal.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)