Oleh pada 04 Feb 2022 kategori

Kredit: Instagram @elliesuriaty_omar 

 

Pelakon Ellie Suriaty Omar berkongsi kejadian malang semasa menjalani sebuah penggambaran filem dimana beliau secara tidak sengaja mengakibatkan kecederaan kepada rakan pelakonnya, Shahidan Izwan.

 

"Saya menyebabkan kemalangan di set penggambaran filem Telaga Suriram di Kuala Perlis baru-baru ini. Ketika itu, sabit di tangan saya terpelanting semasa bergelut dengan seorang lagi pelakon sehingga terkena dahi dan hidung Shahidan," ceritanya.

  

 

Meskipun terpaksa menjadi bahan tawa barisan pelakon lain, Ellie berasa lega kerana pelakon muda itu sudi memaafkan kecuaiannya itu.

 

"Saya minta maaf dan rasa amat bersalah pada Shahidan. Alhamdulillah, syukur kerana beliau dengan lembut hati sudi memaafkan saya," luahnya.

 

Kesal dengan insiden malang tidak berbau itu, beliau mengakui kesemua pelakon terlibat sudah terlebih dahulu melakukan raptai sebelum memulakan adegan terbabit.

 

"Kami telah berlatih babak itu dan sudut kamera juga banyak diambil. Tiba-tiba, terjadi kemalangan yang tidak disangka-sangka dimana mereka semua saksi kejadian," jelasnya.

  

 

Menganggapnya sebagai perkara biasa, Shahidan pula enggan menuding jari kepada mana-mana pihak dan berharap supaya beliau pulih dengan kadar segera.

 

"Tiada siapa yang bersalah atas sebuah kenangan yang tidak boleh dilupakan ini. Adat berlakon dimana pasti ada perkara yang tidak diingini berlaku.

 

"Doakan saya cepat sembuh dan tidak sabar mahu masuk semula ke set penggambaran untuk buat yang terbaik," tegasnya.

 

Komen Pilihan

sabit di set filem telaga suriram

 

"Propman apakah ini yang memberikan sabit sebenar sebagai prop? Bahayalah.

 

"Sudah seperti tidak boleh buat sabit palsu. Sia-sia sahaja bayar pengarah seni, prop master dan propman," tegur seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Ellie Suriaty & Shahidan Izwan




Hakcipta iluminasi.com (2017)