"Jangan makan garam banyak sangat, nanti darah tinggi"

Terlalu kerap kita mendengar ungkapan seperti ini sehinggakan kita beranggapan bahawa natrium (garam) adalah satu bahan yang tidak baik dan akan memudaratkan diri kita. Walaupun natrium sering dikatakan sebagai penyebab tekanan darah tinggi, ia juga memainkan beberapa peranan penting dalam badan. Natrium membantu mengawal tekanan darah dan mengawal fungsi otot dan saraf, sebab itu kepekatan natrium dikawal dengan teliti oleh badan. Walau bagaimanapun, ramai orang mengambil jumlah natrium lebih dari yang badan mereka perlukan.

Sejauh manakah kita mengetahui mengenai garam yang kita makan setiap hari? Mari kita singkap.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Garam (Natrium) adalah satu sumber mineral yang penting dalam kehidupan manusia - hingga perkataan "gaji" datang dari perkataan Latina bagi garam. Tanpa natrium yang cukup dalam badan anda, fungsi sel dan komunikasi saraf akan terhenti. Kebanyakan garam yang ada dalam makanan kita adalah dalam bentuk natrium klorida, iaitu sebatian garam. Natrium itu sendiri adalah elemen, lebih mendalam, ia dikategorikan sebagai logam, tapi ia sangat jarang berbentuk unsur, kerana ia begitu reaktif.

1. Natrium dan sel

Natrium penting kepada fungsi sel disebabkan banyak faktor. Ia sangat penting untuk menyerap beberapa nutrien dari saluran penghadaman, glukosa sebagai contoh, dan juga membenarkan beberapa molekul yabng tidak boleh jika tidak melalui membran sel untuk menyeberang.

2. Mengawal tekanan darah

Natrium larut dalam darah dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan tekanan darah. Natrium menarik dan memegang air, jadi natrium dalam darah membantu mengekalkan bahagian cecair dalam darah. Sebaliknya, jika anda mengambil terlalu banyak natrium, badan anda akan mengandungi terlalu banyak air tambahan, lalu meningkatkan jumlah darah anda. Oleh kerana saluran darah anda tidak boleh berkembang untuk menampung jumlah darah meningkat, tekanan darah anda akan meningkat. Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko untuk pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung dan strok.

3. Otot dan fungsi saraf

Kedua-dua otot dan saraf memerlukan arus elektrik untuk berfungsi dengan baik. Otot dan sel saraf menjana arus elektrik ini  dengan mengawal aliran molekul bercas elektrik, termasuk natrium. Untuk sel-sel otot ini, arus elektrik merangsang pengecutan otot. Saraf, sebaliknya, memerlukan aktiviti elektrik untuk berkomunikasi dengan saraf lain. Sel menggunakan pam molekul untuk mengekalkan tahap natrium tinggi di luar. Apabila arus elektrik diperlukan, sel-sel boleh membenarkan ion natrium bercas positif ke dalam sel, menjana arus elektrik yang positif.

fakta tentang garam

4. Hyponatremia dan hypernatremia

Oleh kerana natrium merupakan sebahagian daripada saraf dan fungsi otot, tidak hairanlah jika jumlah natrium yang terlalu sedikit atau terlalu banyak di dalam badan boleh memberi kesan kepada kedua-dua sistem organ ini. Tahap natrium yang rendah, yang dipanggil hyponatremia, boleh menyebabkan kekejangan otot, sakit kepala, keresahan, kegelisahan, rasa loya dan keletihan. Tanda-tanda hyponatremia yang lebih serius termasuklah kekeliruan, halusinasi, kurang sedar dan koma. Jika terlalu banyak natrium, juga dikenali sebagai hypernatremia, boleh membuat anda lesu atau resah. Hypernatremia juga boleh menyebabkan peningkatan refleks tendon dalam, pengecutan otot dan sawan.

5. Pengawalan natrium

Badan anda mengawal tahap natrium dengan teliti untuk mengelakkan tahapnya daripada menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah. Buah pinggang bertanggungjawab mengawal kepekatan natrium dan mengekalkan natrium apabila kepekatannya rendah dan mengeluarkan natrium melalui air kencing apabila kepekatannya menjadi tinggi. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah buah pinggang mungkin lebih mudah terdedah kepada perubahan kepekatan natrium yang bahaya disebabkan oleh fungsi buah pinggang yang merosot. Badan anda juga boleh kehilangan natrium dalam bentuk peluh. Ini bermakna bagi orang yang banyak berpeluh, seperti atlet, mereka terdedah kepada hyponatremia semasa melakukan aktviti fizikal yang banyak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)