Apabila dilahirkan ke dunia, seorang bayi biasanya akan menangis dengan kuat. Tidak perlu dirisaukan kerana tangisan kuat itu menandakan bayi yang dilahirkan itu sihat.

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, anda akan perasan bahawa terdapat sedikit perbezaan antara bayi baru lahir dengan bayi yang sedikit lebih tua. Ini kerana, bayi yang baru lahir menangis tanpa mengeluarkan air mata.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Air mata adalah penting untuk melindungi dan menjadikan mata kita sentiasa lembap. Biasanya, seseorang itu akan menangis apabila berhadapan dengan emosi seperti terlebih sedih, marah atau bahagia. 

kanak kanak menangis

Tekanan sementara itu akan mencetuskan tindak balas yang menghasilkan air mata untuk melindungi mata. Air mata emosi ini juga boleh membantu untuk meredakan stress dengan melepaskan hormon yang terbina ketika berada dalam keadaan yang sukar. Ini menyumbang kepada rasa lega selepas anda menangis.

Walaupun bayi dilahirkan dengan saluran air mata tetapi ia belum berkembang dengan sepenuhnya. Bayi yang baru lahir menghasilkan hanya sedikit air mata, hanya untuk membanjiri bebola mata dan membuatkannya lembap tetapi tidak cukup untk membentuk titisan yang mengalir ke pipi.

bayi baru lahir tidak berpeluh

Sage TImberline, pakar pediatrik (pakar kanak-kanak) dari Hospital Kanak-Kanak di California berkata, selepas tiga atau empat minggu dilahirkan barulah saluran air mata bayi menjadi cukup matang untuk menghasilkan air mata yang berkaitan dengan emosi.

Ada kalanya ia mungkin mengambil masa selama dua bulan bagi organ berbentuk berlian kecil di bawah kelopak atas mata dan di atas bola mata untuk berkembang sepenuhnya pada bayi.

kelenjar ekrin dan apokrin

Kelenjar Ekrin dan Apokrin

Mata bayi yang baru lahir cenderung untuk menjadi kering, begitu juga dengan kulit mereka. Tidak kiralah betapa panasnya suhu di sekeliling ketika itu, bayi yang baru lahir tidak mengeluarkan peluh selama beberapa minggu pertama setelah dilahirkan kerana kelenjar peluh belum berfungsi sepenuhnya.

Manusia mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin. Kedua-dua kelenjar ini sudahpun terbentuk pada bayi baru lahir walaupun mereka belum menghasilkan peluh.

air mata bayi

Kelenjar aporkin menyebarkan peluh melalui folikel (liang) rambut tetapi tidak diaktifkan sehingga perubahan hormon berlaku semasa akil baligh.

Walaupun peluh apokrin tidak berbau pada mulanya, ia boleh menjadi berbau dari masa ke semasa. Kelenjar apokrin dipenuhi dengan air, elektrolit, steroid, lipid dan protein, di mana bakteria boleh membiak dan menghasilkan bau.

Manakala kelenjar ekrin pula mula terbentuk pada bulan keempat kehamilan. Ia pertama kali akan terbentuk di tapak tangan dan kaki janin. Menjelang bulan kelima, kelenjar ekrin ini akan meliputi seluruh tubuh bayi.

bayi berpeluh pada dahi 537

Menurut Timberline lagi, kelenjar ekrin yang paling aktif adalah pada bahagian dahi selepas bayi dilahirkan. Tidak lama kemudian, bayi akan mula berpeluh pada badan dan seluruh anggota tubuhnya. Disebabkan bayi yang baru lahir tidak boleh berpeluh sepenuhnya, mereka bergantung kepada penjaga untuk kekal sejuk.

Ibu bapa perlulah mengawasi jika terdapat sebarang tanda-tanda seperti suhu meningkat, pernafasan kencang, kelakuan cerewet atau penurunan aktiviti tangan dan kaki. Jika bayi anda terlalu panas, kenakan pakaian yang lebih nipis dan pasangkan kipas supaya udara terus beredar dengan baik.

bayi baru lahir senyum

Sebaik sahaja kelenjar-kelanjar pada bayi itu mula menghasilkan peluh, ada sesetengah ibu bapa menjadi bimbang tentang bayi mereka banyak peluh ketika makan atau tidur. Seorang lagi pakar kanak-kanak, Katie Ellgass, menerangkan bahawa ia adalah normal.

Biasanya ketika makan atau tidur, bayi akan berada dekat dengan ibu bapa atau pengasuh mereka. Ini menyebabkan haba badan akan berpindah, menjadikan mereka lebih banyak berpeluh.

Ellgass menambah lagi, bayi yang banyak berpeluh tidak menjadi kebimbangan. Ini kerana bayi yang baru lahir akan diperiksa untuk sebarang penyakit metabolik dan masalah jantung. Selagi berat badan bayi itu semakin bertambah, peluh yang keluar adalah perkara biasa.

Rujukan:

1. Bayi baru lahir menangis tanpa mengeluarkan air mata

2. Mengapa bayi baru lahir tidak berpeluh

3. Bayi baru lahir tiada kelenjar peluh dan air mata




Hakcipta iluminasi.com (2017)