Walaupun WhatsApp merupakan pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia untuk berhubung dengan kenalan, pesaingnya WeChat bukanlah calang-calang aplikasi. Malangnya di Malaysia identiti aplikasi WeChat sering dikaitkan dengan komuniti remaja bawah umur yang tidak pandai mengeja dengan betul.

Kali ini, pihak iluminasi ingin berkongsi sedikit sebanyak sejarah aplikasi WeChat sepanjang 7 tahun kewujudannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahun 2010

Pada bulan Oktober 2010, syarikat Tencent, iaitu sebuah empayar perniagaan yang besar di China telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang berpangkalan di Guangzhou. Pasukan ini telah diberikan tugasan untuk membina sebuah aplikasi telefon dengan fungsi chat.

Tahun 2011

  • 21 Januari - Tencent secara rasminya melancarkan aplikasi menghantar mesej di telefon pintar. Aplikasi ini diberi nama Weixin. Pada masa tersebut, Tencent sudahpun mempunyai aplikasi QQ dan laman sosial Qzone untuk pengguna komputer. Pada kemunculan pertamanya ini, aplikasi ini sudah mempunyai fungsi menghantar mesej, pesanan suara dan gambar.
  • Ogos - WeChat telah menambah sokongan klip video dan fungsi mencari kenalan WeChat di kawasan berhampiran.

Tahun 2012

scan kod qr

  • Mac - Kira-kira 14 bulan selepas dilancarkan, aplikasi ini sudah mempunyai 100 juta orang pengguna. Satu angka yang boleh dibanggakan.
  • April - Weixin secara rasminya menukar namanya kepada WeChat. Penukaran namanya ini juga merupakan langkah utama Tencent agar aplikasi ini mesra pengguna luar daripada China. Tidak lama kemudian, selain bahasa Inggeris, aplikasi ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Vietnam, Indonesia dan Portugis.
  • Jun - WeChat cuba untuk memasuki pasaran India kerana jumlah penduduknya yang ramai dan pada ketika itu, pengguna telefon pintar juga sedang meningkat naik disana. Antara cara yang dilakukan adalah melalui pengiklanan di Facebok. Walau bagaimanapun, usaha ini gagal kerana penduduk India lebih meminati Facebook dan WhatsApp.
  • Julai - Fungsi panggilan suara dan video ditambah. Menyedari bahawa WeChat bakal menjadi pesaing utama dalam bidang eCommerce, Jack Ma daripada syarikat Alibaba memperkenalkan aplikasi seakan-akan WeChat malangnya ianya gagal.
  • Pada tahun ini, teknologi kod QR mula berkembang di China. Maka, Tencent telah memperkenalkan fungsi khas di WeChat untuk menggalakkan jenama-jenama dan syarikat besar menggunakan WeChat sebagai medium utama.
  • September - Jumlah pengguna WeChat telah mencecah 200 juta orang pengguna, satu kali ganda daripada 6 bulan sebelumnya.

Tahun 2013

wechat wallet

  • Januari - Beberapa hari selepas ulang tahunnya yang kedua, WeChat berjaya mencatat 300 juta orang pengguna.
  • Februari - WeChat semakin besar dan mula memberi ancaman yang serius kepada laman sosial Weiba melalui pengenalan fungsi Moment mirip Facebook.
  • Mei - WeChat akhirnya mendedahkan jumlah sebenar pengguna aktif. Sejumlah 190 juta pengguna aktif dicatatkan WeChat pada masa ini. Jumlah ini sebenarnya jauh lebih rendah daripada aplikasi WhatsApp dan ianya dikatakan berpunca daripada kegagalan WeChat untuk berkembang di luar China.
  • Ogos - WeChat mula memperkenalkan fungsi permainan dalam talian. Selain itu, fungsi pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi ini juga diperkenalkan. Pengguna boleh membuat bayaran dengan mengintegrasikan aplikasi ini dengan kad kredit dan debit mereka.
  • September - WeChat telah meletakkan kira-kira 300 vending machina di sekitar stesyen kereta api di Beijing. Langkah ini bagi menggalakkan pengguna menggunakan fungsi pembayaran melalui aplikasi WeChat yang baru diperkenalkan.

Tahun 2014

bayar teksi guna wechat

  • Januari - WeChat terus mengembangkan penggunaannya dalam bidang eCommerce dengan pembayaran tambang teksi melalui aplikasi itu.
  • Mei - Tencent terus mengukuhkan fungsi WeChat Wallet dengan pengenalan WeChat Store yang membolehkan peniaga membuka kedai dalam talian.
  • Jun - WeChat memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan pengguna menghantar wang kepada rakan mereka melalui aplikasi tersebut.

Tahun 2015

  • Januari - WeChat lebih serius untuk menjana keuntungan melalui pengiklanan. Antara syarikat besar terawal yang menggunakan servis pengiklanan WeChat adalah BMW dan Coca-Cola.
  • Mac - WeChat mengumumkan angka baru mendedahkan mereka memiliki 500 juta pengguna aktif setiap bulan.

Tahun 2016

sewa basikal mobike

  • Mac - WeChat mendedahkan bahawa kini mereka sudah mempunyai 700 juta pengguna aktif setiap bulan.
  • Oktober - WeChat diintegrasikan dengan perkhidmatan sewa basikal syarikat Mobike.

Tahun 2017

  • April - WeChat terus mengukuhkan fungsi pembayaran tanpa tunainya. Statistik juga menunjukkan 45% pengguna WeChat lebih gemar membuat pembayaran di kedai melalui aplikasi tersebut kerana mereka tidak perlu membawa wang tunai.
  • Mei - WeChat memperkenalkan fungsi enjin cari untuk menyayingi Baidu, enjin carian paling popular di China.
  • November - Angka terbaru menunjukkan WeChat sudah mencatatkan 980 juta pengguna aktif setiap bulan.
  • Disember - WeChat mula mengintegrasikan sistem bayaran mereka dengan perkhidmatan kereta api. Kini pengguna tidak perlu membeli tiket sebaliknya hanya perlu menyentuh telefon pintar mereka pada pembaca kod.

Kredit: Tech In Asia




Hakcipta iluminasi.com (2017)