Oleh pada 10 Jan 2018 kategori

Sumber foto: crimenewsdatabase.blogspot.com 

Mayat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang telah dibunuh ditemui di dalam but kereta PROTON Iswara Aeroback petang semalam (9 Januari). Kejadian berlaku di Miri, Sarawak.

Kelakuan mencurigakan seorang lelaki merenung but kereta Iswara Aeroback miliknya menarik perhatian dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) dipandu Koperal Mohd Izwan Jamaludin dan bersama rakan setugas, Koperal Eddy Abdullah yang melakukan rondaan rutin di lokasi berkenaan. Kejadian berlaku di kawasan semak di Kuala Baram di sini jam 5.55 petang semalam.

Dua anggota dari MPV Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bertindak mengejar suspek selepas suspek bergegas menutup but keretanya lalu memecut meninggalkan kawasan terbabit dan cuba meloloskan diri sejurus menyedari kehadiran polis.

Pihak polis terpaksa bergelut sejauh lima kilometer untuk mengejar kenderaan supek sebelum berjaya menahannya.

Mayat seorang remaja perempuan telah ditemui hasil pemeriksaan lanjut pihak polis ke atas kereta suspek. Mayat disembunyikan dalam bahagian but kereta. Mayat dikenal pasti merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

Datuk Dev Kumar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak mengesahkan kejadian ini. Beliau juga memberitahu suspek dipercayai cuba membuang mayat mangsa di kawasan semak berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan dan disahkan perempuan itu meninggal dunia. Suspek iaitu pekerja kedai perabot berusia 33 tahun berasal dari Kuala Lumpur terus ditangkap.


Siasatan awal mendapati bahawa suspek sewa di sebuah rumah di Permyjaya, Miri. Suspek juga merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa dan tinggal bersama ibu mangsa, kakak dan mangsa.

Pada jam 11 pagi hari kejadian, pertengkaran antara suspek dan mangsa telah berlaku dan suspek dipercayai mencekik mangsa sehingga mangsa meninggal dunia. Dalam masa yang sama, ibu mangsa dipercayai keluar bekerja dan kakak mangsa pergi ke sekolah. Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)