Oleh pada 29 Dec 2017 kategori

maya karin makan babi ini penjelasan beliau 1

Kredit foto: Instagram Maya Karin

Foto seekor angsa yang dimuat naik aktres Maya Karin di laman Instagram membuatkan para pengikutnya bertelagah. 

Isu itu bermula apabila seorang netizen berprasangka buruk mengatakan angsa dalam foto terbabit adalah seekor babi yang sedia untuk dimasak.

Ia diikuti dengan beberapa komen lain 'menyerang' Maya dengan menuduh beliau menyediakan makanan yang diharamkan oleh umat Islam.

Dalam pada itu, ada juga yang bersangka baik mengatakan ia foto ayam belanda atau itik.

Spekulasi hangat yang didebatkan itu akhirnya terlerai apabila Maya tampil mengesahkan masakan tersebut sebenarnya adalah seekor angsa.

maya karin makan babi ini penjelasan beliau 2

Kredit foto: Astro Gempak

Mengenai perkembangan kerjaya seni, Maya yang merupakan artis di bawah naungan Warner Music Malaysia bakal terbit dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)