Oleh pada 02 Jan 2018 kategori

dakwaan makan babi ini kenyataan rasmi maya karin

Kredit foto: The Malay Mail Online 

Penyanyi dan pelakon, Maya Karin akui tidak berasa marah dengan kecaman netizen yang menganggapnya menyediakan hidangan daging khinzir.

Ini susulan foto yang dimuat naik beliau sewaktu melawat kediaman bapanya di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.

Sebaliknya, Maya yang berdarah kacukan Jerman-Malaysia ini merasakan 'insiden' yang berlaku itu melucukan.

"Saya kelam kabut memuat naik gambar terbabit kerana tetamu sudah datang.

“Sejam kemudian, saya terkejut apabila membaca beberapa komen mendakwa saya memasak hidangan yang tidak halal," katanya kepada portal Harian Metro.

Terdahulu, penyanyi Erti Cinta ini berkongsi foto angsa untuk dipanggang sempena hidangan makan malam bersama keluarga di laman Instagram pada minggu lalu. 

Namun, ada di kalangan pengikutnya yang menyalahertikan angsa tersebut sebagai khinzir, lalu bertindak menghentam beliau di ruangan komen.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini berkata, dia tidak memberikan penjelasan atau membuat permohonan maaf sebelum ini kerana merasakan dirinya tidak berbuat salah.

"Tiada apa-apa penjelasan yang perlu saya berikan mengenai gambar itu. Malah, ramai pengikut turut membantu menjernihkan keadaan dengan menjelaskan daging itu adalah seekor angsa," katanya.

Sementara itu, Maya tidak menjadikan kecaman yang diterimanya sebagai penghalang untuk terus berkongsi foto masakan di laman sosial.

"Saya berharap isu terbabit menjadi pengajaran kepada pengguna media sosial supaya tidak cepat membuat andaian secara melulu tanpa menyelidik," katanya. 

Sumber berita: Harian Metro 

tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)