Oleh pada 19 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Nazia Mustafar & Instagram Maya Matahari

    

Pelakon Nazia Mustafar yang merupakan teman rapat kepada penyanyi Maya Matahari, memuat naik paparan skrin mesej WhatsApp antara dia dengan arwah menerusi laman sosial Instagram, malam tadi.

Dalam kemas kini sama, Nazia meluahkan rasa kesal yang tidak terhingga kerana tidak berpeluang bertemu dengan arwah buat kali yang terakhir.

    

maya meninggal

Kredit foto: Instagram Nazia Mustafar

    

Baca: Biodata Penyanyi Maya Matahari

    

"Tiada kesempatan kali terakhir untuk aku berjumpa dengan kau, Maya.

"Perbualan minggu lepas membuatkan aku kesal. Aku sepatutnya jumpa kau minggu ini.

"Kau tak tunggu akupun, Maya. Tapi tak apa, kau tunggu aku di sana ya nanti... itu pasti. Doa akan sentiasa mengiringimu," tulisnya di kapsyen.

    

maya matahari meninggal dunia 9

Kredit foto: Instagram Nazia Mustafar

     

Menjengah di ruangan komen, kesempatan itu diambil netizen untuk menzahirkan doa serta menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah.

"Sedihnya. Al-Fatihah dan doa buat Kak Maya. Moga Allah Ta'ala tempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya.

"Semoga arwah ditempatkan di syurga, arwah seorang yang baik, berhati lembut dan lemah lembut.

"Innalillahiwainailahirojiun.. Salam takziah. Al-Fatihah," reaksi beberapa peminat.

Terdahulu, Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee, 44, meninggal dunia kira-kira jam 4 petang di pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor, semalam.

Sebelum ini, bekas finalis Gegar Vaganza musim kelima itu menderita penyakit kanser tisu (sarcoma).

Jenazah Allahyarham dikatakan bakal dikebumikan di kampungnya yang terletak di Johor.

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)