Oleh pada 06 May 2021 kategori

prihatin iluminasi

Kerajaan melalui inisiatif Program Jaringan Prihatin telah bekerjasama dengan Maxis, rangkaian No 1 di Malaysia bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang terpaksa mengeluarkan belanja tambahan pada waktu yang sukar, bagi enampung pembiayaan internet.

Ketahui apa yang ditawarkan melalui Program Jaringan Prihatin ini dan bagaimana anda boleh membuat tuntutan dengan Maxis.

60GB Internet pantas Prihatin sebulan dan subsidi sehingga RM300

data percuma

Pada pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 bilion bagi meningkatkan capaian internet kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Menerusi inisiatif ini, pengguna boleh menikmati 60GB internet pantas Prihatin sebulan dan bantuan subsidi sebanyak RM180 untuk bil telco atau boleh digunakan untuk menampung sebahagian kos pembelian peranti pintar.

Bagi isi rumah yang mempunyai anak yang bersekolah pula, anda boleh menuntut bantuan subsidi sehingga RM300 bagi pembelian telefon pintar atau peranti baru. Baru boleh tarik nafas lega. Harap tiada lagi yang perlu berkongsi peranti untuk mengikuti PdPR secara bergilir.

Memandangkan kerajaan telah mengumumkan PdPR akan dilaksanakan kembali selepas Aidilfitri, anda yang mempunyai anak yang masih bersekolah jangan berlengah membuat tuntutan internet ini. Tapi rangkaian internet apa yang terbaik?

Maxis memenuhi keperluan internet sekeluarga. Kini #KauBoleh!

workhomama1 1603290289

Bagi yang masih belum membuat keputusan memilih syarikat telekomunikasi untuk menuntut internet bulanan dan rebat ini. Kami cadangkan anda memilih rangkaian Maxis.

Maxis menawarkan rangkaian produk yang boleh disesuaikan dengan gaya hidup dan penggunaan internet. Inilah masanya anda menggunakan perkhidmatan internet nombor satu negara.

pdpr

Bagi yang bekerja dan mempunyai anak yang bersekolah, Maxis Home 4G WiFi dapat menjadi pelengkap internet anda sekeluarga. Anak-anak bukan sahaja dapat mengadaptasi budaya Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), malah anda boleh bekerja dengan mudah apabila menggunakan internet yang pantas.

Kalau anda ingin menggunakan internet untuk perniagaan atas talian atau memenuhi keperluan seharian, mungkin anda boleh pilih pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had yang membolehkan anda menikmati internet dan panggilan, semuanya tanpa had.

peniaga online

Mahukan peranti baru? Tak perlu berbelanja besar kerana Maxis menawarkan Pascabayar Hotlink baharu di mana anda boleh memiliki telefon pintar terkini dari serendah RM1 sahaja!

Berbaloikan dengan Maxis? Ini kami senaraikan produk yang Maxis tawarkan, anda bolehlah buat pilihan.

  • Prabayar Hotlink Tanpa Had
  • Pelan Pascabayar Hotlink
  • Pelan Pascabayar Hotlink + Peranti
  • Pascabayar Hotlink + Fiber
  • Pelan Pascabayar Maxis
  • Maxis Home 4G WiFi

Bukan itu saja, selain menawarkan pelbagai rangkaian produk seperti yang kami kongsikan.

Anda juga boleh mendapat ganjaran daripada Maxis dan menikmati perkhidmatan yang disediakan seperti Maxis TV (laman penstriman dengan pelbagai filem dan drama terbaik tempatan dan antarabangsa) serta Maxis eKelas (kelas dalam talian percuma).

Siapa yang layak menikmati Program Jaringan Prihatin?

Seperti yang diumumkan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lepas Program Jaringan Prihatin bakal dimanfaatkan lapan juta penduduk daripada kumpulan berpendapatan rendah B40.

Jika anda layak, jangan lupa untuk membuat tuntutan sebelum 31 Julai 2021. Bagi pengguna rangkaian internet selain Maxis dan ingin bertukar kepada Maxis, anda boleh berbuat sedemikian, sebelum 31 Julai 2021.

Ketahui kelayakan untuk Jaringan Prihatin

  1. Periksa kelayakan anda di https://bpr.hasil.gov.my/ atau untuk pengguna sedia ada Maxis boleh semak di aplikasi Maxis/Hotlink/Hotlink Postpaid
  2. Kemudian daftar dan tebus produk pilihan di maxis.com.my

Bertukar kepada Maxis, dengan internet pantas #KauBoleh lakukan apa saja!

bm

Rasanya banyak dah kami share kenapa anda perlu tebus internet tanpa had, WiFi rumah dan telefon pintar terkini dengan Maxis.

Kini anda tidak lagi ketinggalan dengan internet sepanjang masa dan di mana sahaja. Nak ikuti PdPR? Perlu bekerja di luar pejabat atau menjalankan perniagaan atas talian? Dengan internet pantas, #KauBoleh lakukan apa saja!

Jadi apa tunggu lagi? Tebus internet percuma dengan Maxis hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang Program Jaringan Prihatin, anda boleh klik di SINI.



Hakcipta iluminasi.com (2017)