pablo escobar mati ditembak ketika cuba melarikan daripada kepungan pihak polis colombia

Pablo Escobar yang digelar sebagai raja dadah dunia tumpas di tangan pihak berkuasa pada 2 Disember 1993, sehari selepas hari jadinya. Walaupun kerajaan, pihak berkuasa dan rakyat Colombia bersorak atas kejayaan itu, namun ramai juga yang bersedih atas kematian hero mereka.

Pablo sememangnya terkenal dengan keganasan dan kejahatannya, namun beliau juga membantu orang susah dengan membina pelbagai infrastruktur seperti gereja, padang bola dan perumahan. Namun, satu perkara yang tak dapat disangkal mengenai beliau, adalah kebijaksanaan Pablo dalam memanipulasikan kerajaan Colombia.

pablo escobar dianggap sebagai hero oleh sesetengah penduduk colombia

Selepas 6 bulan berunding secara rahsia dengan kerajaan Colombia, akhirnya kedua-duanya mencapai kata sepakat bagi menamatkan perang di antara mereka, yang mana satu perjanjian telah dimeterai.

Dibawah perjanjian pada tahun 1991 itu, Pablo bersetuju untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa atas kesalahannya, dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun maksima. Beliau juga tidak akan dieskstradisi ke Amerika Syarikat.

Sebagai balasan atas penyerahan diri tersebut, permintaan Pablo diluluskan, iaitu penjara yang bakal didudukinya tersebut dibina sendiri olehnya. Segala spesifikasi dan binaan, mengikut kemahuan Pablo. Malah, lokasi penjara tersebut dipilih oleh Pablo yang mana tanah seluas 3 hektar yang dibelinya.

la catedral penjara pablo escobar 2 882

la catedral penjara pablo escobar

Tak cukup dengan itu, perjanjiannya dengan kerajaan Colombia juga membenarkan Pablo untuk memilih sendiri pengawal keselamatan penjaranya. Dalam hal ini, Pablo hanya memilih mereka yang benar-benar setia padanya sahaja. 

Lokasi itu juga membolehkan Escobar untuk melihat rumah yang didiami ahli keluarganya di Envigado, secara terus melalui teleskop.

Penjara yang diberi nama La Catedral itu dibina di atas sebuah bukit di Honey Valley, tenggara Medellin. Pablo tiba dipenjaranya pada 19 Jun 1991, dengan helikopter. Ahli keluarganya dibenarkan melawat 3 hingga 4 kali seminggu.

la catedral penjara pablo escobar 5

la catedral penjara pablo escobar 4

la catedral penjara pablo escobar 9

Udara di atas bukit ini sangat nyaman dan pemandangannya sangat luar biasa. Namun, lokasi tersebut dipilih Pablo kerana sangat stragetik. Disebabkan terletak di atas bukit, Pablo boleh melihat jika terdapat pergerakan pihak berkuasa yang menghala ke penjaranya. 

Malah, pihak berkuasa tidak dibenarkan berada 3 kilometer dari La Catedral. Walaupun ia secara teknikalnya sebuah penjara, namun hakikatnya ia adalah seperti sebuah mahligai bagi Pablo. Nama lain yang diberikan kepada penjara ini adalah "Club Medellin", "Hotel Escobar" dan resort.

salah satu bilik dalam penjara pablo escobar

la catedral penjara pablo escobar 6

La Catedral mempunyai gym, bilik permainan, bar, disko yang mana digunakan untuk berparti. Selain itu, ia dilengkapi dengan sauna, jakuzi, air terjun, TV skrin besar dan juga bilik anak patung untuk anak perempuannya bermain pada waktu melawat.

Bilik Escobar pula dilengkapi dengan katil bulat yang boleh berputar. Escobar juga merupakan peminat tegar bola sepak, dan disebabkan itu, beliau membina sebuah padang bola. Dikhabarkan Escobar akan membawa pemain bola sepak nasional Colombia untuk "beriadah" bersamanya.

Walaupun terperangkap dalam penjara, perniagaa dadah Escobar masuh berjalan dengan tersedianya segala alat komunikasi seperti telefon bimbit, pemancar radio dan mesin faks.

la catedral penjara pablo escobar 7

la catedral penjara pablo escobar 8

Namun, Pablo tidak tinggal lama di penjara ini kerana perangai panas barannya. Hidup senang lenang tanpa kawalan tidak cukup bagi Escobar. Beliau sekali lagi melampaui batas. 

Disebabkan pertengkaran di antara Pablo dan 4 orang kanannya akibat wang, beliau mengarahkan mereka diseksa dan dibunuh. Berita ini sampai ke pihak berkuasa Colombia dan membuat keputusan untuk menamatkan perjanjian tersebut.

Setelah 13 bulan tinggal di La Catedral, akhirnya Escobar berjaya melarikan diri pada 22 July 1992 selepas pergelutan dengan pihak berkuasa yang mahu memindahkannya ke institusi ketenteraan. Walaupun dikepung, Escobar dan konco-konconya masih mampu meloloskan.

pemandangan dari la catedral

Bagaimana mereka berjaya meloloskan diri? Juan Pablo, anak lelaki Escobar menceritakan bagaimana bapanya meloloskan diri di dalam bukunya, My Father. Dari awal lagi Escobar sudah menjangkakan bahawa beliau perlu melarikan diri dari La Catedral.

Disebabkan itu, beliau mengarahkan satu jalan keluar dibina ketika pembinaan awal dijalankan.

"Bapa saya menghasilkan satu laluan untuk melarikan diri ketika fasa pembinaan La Catedral. Satu bahagian dinding di penjara tersebut dibina daripada campuran kongkrit yang lemah. Ia hanya memerlukan 2 kali tendangan ke atas dinding tersebut untuk memecahkannya.

pemandangan dari la catedral 2

Setelah meloloskan diri ke dalam hutan, akhirnya jejak Pablo Escobar tidak dapat dikesan. Sehinggalah beliau ditembak mati pada 2 Disember 1993.

Selepas kematian Pablo, La Catedral dibiarkan terbengkalai sehingga tahun 2007, di mana sekumpulan warga emas dari kalangan sami Benedictine berpindah masuk dan mengubah penjara tersebut. Sami-sami tersebut sampai ke penjara tersebut kerana ia dikatakan tempat yang sesuai untuk bermeditasi kerana jauh dari bandar.

Mereka membina gereja kecil, kafeteria, bilik tetamu untuk jemaah agama, bengkel dan juga bilik peringatan kepada mangsa-mangsa Pablo.

Rujukan :

1. Real Clear Life

2. Awesome Stories

3. Airship Daily


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)