Oleh pada 15 Dec 2019 kategori

Untuk mencatatkan masa larian 100 meter di bawah 10 saat bukanlah sesuatu yang mudah. Setakat ini, belum ada mana-mana atlet Malaysia yang mampu sampai ke tahap ini.

Seperti yang diketahui ramai, manusia paling pantas di dunia ketika ini adalah atlet pecut Jamaica iaitu Usain Bolt.

Selepas mencatatkan rekod 100 meter terpantas dengan catatan 9.58 saat, perhatian pada beberapa tahun kebelakangan ini telah beralih kepada sama ada manusia mampu berlari 100m dalam masa kurang daripada 9 saat suatu hari nanti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tanggapan kita berdasarkan berdasarkan penyiasatan biomekanik tentang pecutan selama 20 tahun, jawapannya adalah sudah tentu kita mampu.

Setakat ini, masih tidak terdapat had bagi kemampuan pecutan oleh manusia.

Manusia bertanding dalam acara larian secara kompetetif sekitar 100 tahun.

Dan dalam konteks evolusi manusia, tempoh ini adalah terlalu singkat untuk menganalisis dalam membuat ramalan jangka masa panjang untuk masa depan.

Rekod-rekod masih berjaya dipecahkan dan latihan serta teknologi terus berkembang maju.

jim hines pecahkan rekod dunia

(Jim Hines di hadapan dalam acara 100 meter)

Malah, dari saat Jim Hines memecahkan rekod 100 meter di bawah 10 saat untuk pertama kali pada tahun 1968 hinggalah ke Maurice Green pada tahun 1999, rekod dunia bertambah baik iaitu 0.16 saat lebih pantas dalam tempoh 31 tahun.

Namun sejak itu, rekod 100 meter diperbaiki 0.21 saat lebih pantas hanya dalam masa 10 tahun sahaja.

Ini tidak semestinya bermaksud bahawa pembangunan rekod 100 meter semakin pantas, cuma kita tidak boleh menjangkakan had manusia dalam perspektif jangka pendek.

Latihan dan teknik yang lebih baik

Isu peningkatan prestasi juga dipengaruhi oleh latihan yang lebih baik dan memperhebatkan teknik larian.

Dalam kertas saintifik baru-baru ini, penekanan diberikan terhadap betapa pentingnya otot gluteus (punggung) yang kuat untuk prestasi permulaan dalam pecutan.

Atlet dan jurulatih boleh melatih dan menguatkan kumpulan otot utama ini untuk membolehkan kita melonjak dengan lebih baik di awal pecutan.

Secara keseluruhan, halaju pecut ditentukan oleh panjang dan kekerapan langkah. Dalam rekod dunianya di Berlin pada tahun 2009, Usain Bolt berlari dengan kelajuan 12.4 meter per saat dalam fasa terpantasnya. 

Beliau melakukan ini dengan panjang langkah 2.77 meter dan kekerapan langkah 4.49Hz.

Untuk manusia berlari 100 meter di bawah 9 saat, halaju maksimum yang diperlukan perlulah mencapai kira-kira 13.2 meter per saat.

Halaju sedemikian akan memerlukan panjang langkah menjadi 2.85 meter (8 sentimeter lebih daripada langkah Usain Bolt) dan kekerapan langkah 4.63Hz.

Peningkatan ini dilihatkan sebagai sederhana daripada apa yang dilakukan oleh Usain. Tetapi untuk meningkatkan kedua-dua perkara ini adalah tidak mudah.

Ini kerana apabila atlet mula meningkatkan panjang langkah dalam fasa halaju maksimum, ia mempunyai kesan negatif terhadap kekerapan langkah.

teknik usain bolt

Langkah yang lebih panjang mengambil masa yang lebih lama untuk dibuat dan dengan itu kekerapan langkah akan menurun, dan juga sebaliknya.

Oleh itu, prestasi seperti ini mungkin akan mengambil masa yang tersangat lama untuk kita capai.

Isu utama adalah berapa banyak kuasa (kuasa yang tinggi dalam masa yang sesingkat mungkin) manusia dapat hasilkan dan apakah yang perlu dilakukan untuk mencapainya. keperluan untuk mencapai ini.

Langkah panjang dengan kekerapan yang tinggi

usain bolt berlatih

Untuk menghasilkan langkah panjang dengan kekerapan yang tinggi, atlet harus menghasilkan jumlah kuasa yang tinggi iaitu kira-kira 4.5 kali berat badan, dalam masa yang sangat singkat, sekitar 0.1 saat

Untuk melakukan ini, mereka harus mengekalkan kaki yang sangat kaku dan memecut sebaik sahaja menyentuh tanah.

Penyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan bahawa perbezaan dalam kuasa yang dijana pada peringkat awal fasa pecutan (sejurus selepas kaki sampai ke tanah) inilah yang membezakan pelari yang sangat pantas dari yang kurang pantas.

Keupayaan untuk mengekalkan kaki dalam keadaan kaku ditentukan oleh bagaimana daya otot dapat dihasilkan dalam otot kaki.

Ini adalah hasil dari fungsi saiz otot, jenis serat yang membentuk otot dan pengaktifan koordinat otot kaki untuk mengoptimumkan penggunaan mekanisme elastik serta menggandakan kuasa yang dijana otot.

usain bolt berlatih dalam gym

Otot yang mempunyai kadar serat otot fast-twich yang tinggi akan dapat menjana daya yang lebih besar dengan lebih cepat berbanding otot dengan kadar yang lebih rendah.

Oleh itu, untuk mencapai titik di mana daya yang cukup boleh dijana dengan cepat yang mungkin untuk menghasilkan panjang langkah dan kekerapan yang dicadangkan di atas, gabungan genetik dan latihan diperlukan untuk menghasilkan punggung, paha dan otot betis yang lebih kuat dan lebih cepat daripada Usain Bolt.

Dan jika rekod dunia berjaya dipecahkan lagi atau berjaya mencapai catatan bawah 9 saat, rekod ini pula akan terbiar begitu sahaja untuk tempoh yang lama tanpa dipecahkan. 

Malah, ia semakin sukar untuk dipecahkan. Dan adalah selamat untuk kita katakan bahawa manusia mampu untuk memecahkan rekod 100 meter bawah 9 saat, tetapi bukan dalam masa terdekat.

Wallahualam.

Rujukan:

1. The Conversation

2. BBC

3. Discover




Hakcipta iluminasi.com (2017)