Makanan segera sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak, yang mana telah diajar oleh ibu bapa sejak mereka masih kecil. Umum sedia maklum bahawa makanan segera mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Apa yang lebih memburukkan keadaan adalah dengan pengambilan makanan bergaram tinggi, kanak-kanak ini akan terdorong untuk meminum minum yang manis. Kombinasi garam dan gula yang tinggi bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Ia memang tidak patut dilalui oleh mana kanak-kanak.

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Dr. Caryl Nowson dari Universiti Deakin, Australia, terhadap kanak-kanak Australia berumur 2 hingga 16 tahun menunjukkan bahawa pengambilan garam sangat berkait rapat dengan meminum minuman bergula tinggi. Ianya juga menjadi punca peningkatan sebanyak 26% kepada masalah obesiti.

fast food

Menurut keputusan mereka di laman sesawang Pediatrics, semakin banyak pengambilan garam dalam makanan, semakin banyak air manis yang akan diminum oleh kanak-kanak itu. Setiap 1 gram garam yang dimakan akan menyebabkan pengambilan gula tambahan sebanyak 17 gram dalam sehari.

Apabila seseorang itu mengambil makanan bergaram tinggi, ia akan meningkatkan kepekatan natrium plasma dalam badan, dan bagi mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan, tekak akan terangsang yang menyebabkan kita minum minuman manis.

kanak kanak dan makanan ringan

Dalam kajian tersebut, purata pengambilan garam oleh peserta kajian adalah sebanyak 6.4 gram. Dan jumlah garam ini telah membuatkan mereka mengambil kandungan gula sebanyak 248 gram gula, yang mana hampir 7 kali ganda jumlah gula maksima yang boleh diambil oleh kanak-kanak iaitu 37.5 gram.

Kanak-kanak yang lebih berumur dan mereka yang berasal dari keluarga sosioekonomi rendah lebih terdedah kepada pengambilan minuman manis. Kanak-kanak yang minum lebih daripada 1 hidangan minuman bergula tinggi terdedah kepada obesiti sebanyak 34%.

Sumber : Everyday Health




Hakcipta iluminasi.com (2017)