Kredit: Instagram.com/eykafarhana
Pelakon Eyka Farhana terpaksa redha dengan ketentuan takdir bahawa kakak yang cuma seorang dimilikinya, juga merupakan orang kelainan updaya (OKU) telah meninggal dunia pada 23 Ogos yang lepas.
Eyka bagaimanapun meluahkan rasa sedihnya kerana Allahyarhamah Anis bukan sahaja dianggapnya sebagai seorang kakak tetapi kawan karibnya sendiri.
Memang sukar saya terima hakikat ini tetapi saya sekeluarga reda kerana inilah jalan yang tenang buat kakak, syurga tempat kakak.
Allah meminjamkan kakak selama 24 tahun kepada kami dan kehadirannya telah menceriakan kehidupan kami semua walaupun dia seorang OKU.
Kakak banyak mengajar saya untuk menghargai kehidupan terutamanya keluarga dan saya sebenarnya bukan sahaja kehilangan kakak tetapi seorang teman baik .
Anis meninggal dunia di rumah keluarganya yang terletak di Kuala Lumpur pada sekitar jam 11.40 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.
Menurut Eyka, kesihatan arwah kakaknya itu mula merosot sejak beberapa bulan yang lepas sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang tenang.
Sehari sebelum kakak meninggal saya sempat meluang masa bersamanya, dapat peluk cium kakak dan tengok kakak tenung semua orang.
Pada hari dia meninggal saya berada di set penggambaran dan dia di serang sawan dan memang hendak membawanya ke hospital.
Tetapi ketika itu kami sedar dia sudah hendak 'pergi' sebelum meninggal dunia dengan tenang di rumah .
Tambahnya lagi, meskipun dilahirkan sebagai seorang OKU, Allahyarhamah Anis berkeupayaan memberikan respon dan tindakbalas ketika mereka bercakap dengannya.
Kalau saya balik lambat dari kerja kakak mesti tunggu saya pulang dan dialah orang yang akan mengejutkan saya bangun pagi.
Tetapi sekarang... Kakak walaupun dia OKU tetapi dia faham apa yang dikatakan kepadanya selain mampu mengesot walaupun tidak boleh berjalan.
Keletahnya sentiasa menceriakan kami sekeluarga dan sekarang terasa seperti kosong tanpanya .
Sumber berita & foto: mStar Online