Makan di luar (restoran) bersama keluarga adalah aktiviti menarik bagi setiap keluarga meluangkan masa berkualiti antara satu sama lain. Namun begitu, pernahkah anda ke sebuah restoran tetapi malangnya suasana di restoran tersebut tidak tenteram disebabkan terdapat kanak-kanak yang berlari berkeliaran dan membuat bising.

Mesti pernah bukan?

Ada sesetengah ibu bapa yang cukup menjaga adab anak mereka di kedai makan. Malangnya ada juga yang membiarkan anak mereka membuat bising dan berlari berkejaran dengan alasan anak mereka masih kecil lagi. Perkara ini haruslah dielakkan memandangkan tanggungjawab mendidik akhlak anak-anak haruslah dilakukan dirumah oleh ibu bapa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi menghargai ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil yang berkelakuan baik di restoran, sebuah restoran di Itali ini akan memberikan diskaun tambahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak berkelakuan baik ketika makan di restoran mereka.

bil makan 606

Tindakan pemilik restoran ini berbuat demikian harus dipuji dan diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai ibu bapa lebih peka dengan perangai anak masing-masing di tempat awam.

Ada tak restoran di Malaysia yang mengambil pendekatan serupa?




Hakcipta iluminasi.com (2017)