Lelaki pastinya ingin nampak menarik di mata gadis. Tambahan pula masa baru nak berkenal-kenalan. Ada ajaran sesat yang mengatakan yang gadis suka lelaki yang ayat power. Tapi sebenarnya itu kurang benar. Nak ayat macam mana kalau gadis nak dekat pun tak berani. Gadis sukakan kecantikan. Tapi macam mana lelaki nak nampak 'cantik'? Inilah 6 perkara yang lelaki perlu perhatikan agar nampak lebih menarik pada pandangan gadis. Tak kisahlah gadis mana pun. Mak kita dulu pun gadis juga masa dia muda-muda.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Muka
Muka adalah perkara pertama yang mencerminkan identiti lelaki yang menarik. Gadis sukakan lelaki yang berkulit bersih. Handsome atau tak bukan perkara utama. Tak kiralah anda hitam manis atau putih melepak bagaikan artis Korea, pastikan muka anda tidak terlalu berminyak.
Pastikan juga bulu-bulu di muka anda diurus baik. Yang paling penting, pastikan tiada bulu hidung lari keluar dari sarangnya. Itu memang turn off. Kalau anda tidak bercukur, anda mungkin nampak rugged. Tetapi kalau bulu hidung terkeluar, itu tandanya anda memang pengotor. Dan pastikan juga batang hidung anda tidak dihiasi black head yang sebesar kepala mancis. Kasi picit keluar..
2. Gigi/Mulut
Anda tak perlukan gigi yang bersinar bak mutiara atau tersusun rapi bagaikan kekunci piano. Cukup sekadar gigi anda bebas dari tahi gigi, cebisan makanan dan juga karat.
Dan jangan lupa, pastikan bau nafas anda adalah neutral agar lebih selesa semasa berbual pada jarak dekat. Kalau duduk jauh 2 meter pun masih bau longkang, ampun maaf dipinta, sila main jauh-jauh.
3. Bau Badan
Anda tak perlu berbau wangi semerbak harum bagaikan pakai minyak wangi 3 kilo. Kecuali jika anda memang nak menarik golongan yang juga memakai minyak wangi 3 kilo.
Cukup sekadar bau yang sederhana atau berbau neutral. Jangan lupa pakai deodoran untuk mengelakkan ketiak anda hangit berkerak. Badan yang berbau seperti Dynamo atau Breeze lebih bagus daripada bau ketiak.
4. Rambut
Rambut anda tak semestinya perlu mengikut trend terbaru. Cukuplah sekadar gaya yang sesuai dengan diri anda. Dan pastikan rambut anda tidak berbau hapak. Senang cerita, jangan lupa syampu masa mandi sebelum keluar tu.
5. Pakaian
Anda boleh pakai apa sahaja yang anda rasa sesuai. Cuma pastikan baju atau seluar anda tidak terlalu berkedut. Kemeja atau seluar yang diperbuat dari kain kapas perlu diseterika dahulu agar nampak lebih sharp.
Anda mungkin rasa macam ianya nampak sama sahaja, tetapi mata gadis boleh membezakannya dan anda boleh sahaja dicop sebagai pemalas.
6. Kasut
Pakai kasut yang betul. Dan pastikan kasut anda bersih. Sekiranya anda memakai selipar, pastikan kuku kaki anda dipotong baik.
Kasut yang sesuai adalah pelengkap gaya seorang lelaki. Jangan lupa pula pakai stokin. Memakai kasut tanpa berstokin ialah antara perkara turn off yang paling besar.
Jadi, tunggu apa lagi. Pastikan 6 perkara ini anda perhatikan nescaya anda akan tampak lebih menarik di mata gadis-gadis. Nak percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda. Jangan lupa SHARE dengan kawan-kawan anda yang belum cukup hensem.
Bonus: Kuku di tangan jangan lupa dipotong pendek, kemas dan pastikan tiada kotoran di bawah kuku. Kenapa? Potong saja. Jangan banyak soal.