Jika anda menyangka menjadi seorang gamer adalah semata-mata hanya merugikan masa dengan bermain permainan video, anda mungkin silap. Seorang lelaki telah membuktikan bermain permainan video telah membuatkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menuju ke Syria untuk menentang pihak ISIS. Menurut lelaki tersebut, dia dilaporkan selamat melalui perang di negara bergolak itu kerana kemahiran yang dipelajari melalui permainan video Call of Duty.

belajar perang dari cod pergi syria menentang isis

BESARKAN TEKS     A-  A+

John Duttenhofer yang berusia 24 tahun dari Colorado meninggalkan kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat teknologi perisian. Malah, dia sanggup menjual keretanya untuk terbang ke negara yang dilanda peperangan itu.

Duttenhofer menyertai kumpulan YPG yang lebih dikenali sebagai Unit Perlindungan Bangsa Kurdish di Raqqa. Di sana, dia menghabiskan masa lebih enam bulan menentang pihak ISIS dan membantu memerdekakan bandar itu kembali daripada cengkaman puak itu.

lelaki gamer menentang isis dengan kemahiran yang dipelajari melalui call of duty 6

Menurut Duttenhofer, permainan video Call of Duty yang dimainkan sehingga 13 jam setiap hari itu telah banyak membantu dirinya mempelajari kemahiran asas bertempur. Ia juga membuatkan dia lebih memahami senjata yang perlu digunakan untuk membanteras kumpulan militan di sana. 

Apa yang menarik, dia tidak pernah berasa takut untuk mati, tercedera atau seumpamanya. Permainan video itu telah mempersiapkan dirinya dengan strategi dan kaedah terbaik untuk mengelakkan diri daripada mati dengan menggunakan alat perlindungan serta tidak berdiri di kawasan yang terdedah.

lelaki gamer menentang isis dengan kemahiran yang dipelajari melalui call of duty 2

Menurutnya lagi, apabila memegang watak dalam permainan video, anda boleh ditembak dan belajar untuk mengelak perkara yang sama setelah mati. Namun, dalam kehidupan sebenar meredah pertempuran, anda tidak akan mendapat peluang kedua. Jika anda telah ditembak, anda mungkin terus mati.

Duttenhofer mengakui yang dia sangat terkejut apabila mula tiba di medan pertempuran itu dan menyedari hakikat yang ia bukan lagi perkara main-main. Peluru-peluru yang berterbangan adalah benda sebenar dan bukannya dihasilkan menggunakan komputer.

lelaki gamer menentang isis dengan kemahiran yang dipelajari melalui call of duty

Sebelum terbang ke Syria, Duttenhofer telah membuat pelbagai persiapan dari segi kewangan, fizikal dan mental. Dia menyimpan wang sebanyak $7,000 selain membina stamina dengan berbasikal ke tempat kerja. Selain itu, dia juga telah membeli peralatan peperangan seperti teropong dan tempat menyangkut senjata melalui Amazon.

Untuk mengelakkan diri daripada dikesan, dia menuju ke Syria melalui Jerman. Apabila tiba di Kurdistan, dia yang menghubungi pihak YPG telah diberikan arahan untuk mendaftar masuk ke sebuah hotel. Di sana, seorang koordinator membawa dia dan 12 orang lagi sukarelawan masuk ke bahagian timur-laut Syria di mana mereka menghabiskan masa beberapa minggu untuk berlatih.

lelaki gamer menentang isis dengan kemahiran yang dipelajari melalui call of duty 3

Di Syria, Duttenhofer diberikan tugas sebagai penembak hendap yang mengawal dari tempat tinggi. Dia perlu memerhatikan kenderaan ISIS, pelancar roket dan persenjataan berat yang lain. Sesekali, dia akan mengelilingi sekitar kawasan untuk memeriksa jika mana-mana bangunan telah ditakluk oleh pihak pengganas.

Setelah melihat sendiri rakannya, Jac Holmes yang berusia 24 tahun meninggal dunia dalam sebuah letupan pada bulan Oktober, Duttenhofer mengambil keputusan untuk meninggalkan Syria dan kembali ke Amerika Syarikat.

Menurutnya, keputusan untuk ke Syria bukanlah satu keputusan yang bodoh. Dia melihat sendiri laporan dan berita tentang kekejaman ISIS yang bertindak seperti puak Nazi dan terus memasang niat untuk berbuat sesuatu mengenainya. Walaupun agak kecewa kerana tidak berjaya menembak mati mana-mana anggota ISIS, Duttenhofer tidak pernah menyesal meninggalkan segala-galanya di tanah air untuk berjuang di sana.

lelaki gamer menentang isis dengan kemahiran yang dipelajari melalui call of duty 5

Perkara paling sukar semasa lebih enam bulan di sana adalah meninggalkan segala keselesaan. Dia berharap telah membawa bersama sehelai kelambu kerana bilangan nyamuk yang terlalu banyak setiap malam. Selain itu, dia amat rindukan pendingin hawa dan susu kocak coklat.

Kini, dia telah kembali ke pangkuan keluarga dan rakan-rakan untuk menjalani kehidupan normal seperti biasa. Apa-apapun, menyertai peperangan di Syria itu merupakan satu pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan bagi dirinya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)