Kredit foto: Instagram.com/imranajmain
Penyanyi Imran Ajmain yang cukup terkenal dengan lagu 'Seribu Tahun' suatu ketika dahulu mengakui berasa rimas terhadap permintaan untuk menyanyikan lagu tersebut.
Tetapi, dia sedar akan hakikat bahawa lagu tersebut merupakan 'lagu berhantu' yang membuatkan peminat mula menyedari kehadirannya dalam industri hiburan.
Ada satu masa saya tidak boleh terima bila hanya diminta nyanyi lagu Seribu Tahun sahaja di mana-mana persembahan sedangkan saya sudah ada tiga album.
Saya pernah menolak apabila mereka minta saya nyanyikan lagu itu. Tapi bila saya nyanyi, saya sedar orang mula berhenti makan, beri perhatian dan ambil gambar, baru saya rasa betapa bersyukurnya mempunyai lagu yang menjadi kegemaran orang ramai .
Menurutnya lagi, dia bagaimanapun tidak akan menolak jemputan untuk menyanyikan lagu tersebut biarpun sudah memiliki lagu baru yang akan diselitkan pada setiap persembahan.
Dalam hal yang lain, Imran juga berkata yang dia tidak menyimpan hasrat untuk bertanding dalam program realiti mahupun mana-mana pertandingan nyanyian.
Saya belum terfikir lagi untuk menyertai pertandingan nyanyian kerana saya bukanlah seorang yang suka bersaing.
Saya mahu lagu saya sampai dan dirasai oleh pendengar. Ia juga bukan kerana saya takut tekanan tapi saya mahu beri yang terbaik buat pendengar .
Perkembangan terbaru Imran ialah dia akan tampil dengan 2 single terbaru berjudul 'Intan dan Perak' serta sebuah lagu duet bersama Najwa Mahiaddin iaitu 'Sentiasa Merinding'.
Sumber berita: mStar Online