lagi kenyataan rita rudiani bengang dengan aidil

Kredit foto: rotikaya.com

Meskipun perkahwinan pelakon Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan telah lama berakhir, namun hubungan dingin bekas pasangan ini nampaknya masih belum reda. Umum sedia maklum perihal beberapa isu yang ditimbulkan melalui beberapa rantaian kenyataan yang dibuat Rita sebelum ini.  

Terkini, Rita sekali lagi tampil membuat komen terbaru meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap bekas suami. 

Menurut Rita, Aidil tidak pernah mempedulikan soal kebajikan anak-anak. Bukan sahaja dalam soal kewangan, malah bekas suaminya itu juga tidak pernah muncul dalam sebarang aktiviti sekolah yang melibatkan anak-anak mereka.

Menurut Rita lagi, dia bimbang sekiranya suatu hari nanti anak-anak mereka tidak dapat menerima Aidil sebagai ayah dan ketika itu, dia enggan dipersalahkan kerana tanggungjawab tersebut sepatutnya difikirkan oleh Aidil sendiri. 

Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anakpun tidak pernah diberi atau ditanya. Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak. Bagaimanapun, jika pada masa depan, anak-anak tidak boleh menerima ayah mereka, waktu itu, jangan tuding jari kepada orang lain. Salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha mengambil tahu hal darah daging sendiri. Saya pun tiada masa nak rosakkan emosi anak-anak dengan nak tolong ‘cover’ ayah mereka. Itu bukan tanggungjawab saya.

Sumber: InTrend Malaysia

Terdahulu, hasil perkahwinan Rita dan Aidil dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Selepas bercerai, Rita sering tampil mendakwa bekas suaminya selalu melepaskan tanggungjawab terhadap beliau dan anak-anak. 


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)