La Rinconada merupakan sebuah kawasan penempatan di kawasan Peruvian Andes yang terletak di negara Peru. Kawasan ini terletak berdekatan dengan sebuah lombong emas dan terletak di ketinggian altitud 5100 meter daripada aras laut, menjadikannya kawasan penempatan manusia tertinggi di dunia.

Sebagai perbandingan, kawasan Brinchang di Cameron Highland hanya berada pada kedudukan altitud 1,540 meter sementara Genting Highland pula hanya mempunyai ketinggian 1,865 meter daripada aras laut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejarah kewujudan bandar La Rinconada

lombong la rinconada

Kawasan penempatan La Rinconada ini lahir daripada aktiviti melombong emas di kawasan ini. Dianggarkan seramai 30,000 orang hidup di bandar ini, satu jumlah yang boleh dianggap sangat ramai memandangkan lokasinya yang sukar diakses dansangat terasing daripada penempatan manusia yang lain.

Populasi di sini naik secara mendadak antara tahun 2001 hingga 2009 sehingga menyebabkannya berkembang daripada kem penempatan pekerja lombong kepada sebuah penempatan manusiao. Kemasukan ramai pekerja daripada luar ini disebabkan kenaikan harga emas yang melonjak sebanyak 235% dalam tempoh ini.

Kedudukannya pada altitud 5100 meter bermakna kawasan ini mempunyai suhu yang sangat sejuk seperti di kawasan Greenland. Musim panasnya adalah lembap dan musim sejuknya sangat kering. Suhu pagi dan malam adalah sejuk membeku dan purata suhu tahunan di sini adalah 1.2 darjah selsius.

Kehidupan di La Rinconada

penempatan tertinggi dunia

Walaupun kawasan ini dilihat seperti sebuah bandar, realitinya ia hanya umpama sebuah kawasan penempatan setinggan. Tiada jalan raya, tiada sistem perparitan dan sistem kumbahan. Rumah-rumah penduduk juga hanya dibina daripada lapisan-lapisan timah.

Kesemua penduduk lelaki bekerja sebagaii pelombong sementara kaum wanita pula berniaga, mencari emas daripada batu lombong yang terbuang dan ada juga yang menjual tubuh untuk mendapatkan wang. Kehidupan di bandar ini sangat daif dan serba tidak lengkap.

Udara, air, tanah dan salji yang terdapat di kawasan hiliran La Rinconada adalah sangat tercemar. Kalau La Rinconada dianggap sebagai sebuah bandar, ianya boleh dianggap sebagai bandar termiskin dan paling menyedihkan di dunia.

Tempat kerja yang sangat berisiko

lombong emas la rinconada

Para pekerja yang bekerja di lombong juga dikatakan berada dalam situasi yang menyedihkan. Kerja melombong biasanya hanya menggunakan tangan dan bahan merkuri. Merkuri merupakan bahan semulajadi kedua paling banyak ditemui di kawasan ini dan pendedahan berlebihan terhadapnya boleh menyebabkan kanser.

Yang menghairankan, kebanyakan lombong yang terdapat di sini tidak dimiliki oleh syarikat atau individu perseorangan. Dalam erti kata lain, aktiviti perlombongan disini sebenarnya dijalankan secara haram. Tiada undang-undang dan penyuatkuasaan daripada mana-mana pihak.

Ekonomi di sini adalah tidak terkawal dan hampir semua hasil galian emas daripada kawasan perlombongan disini dijual terus ke pasaran gelap. Keadaan ekonomi disini tidak berkembang dan pekerja hanya menjual hasil galian mereka untuk meneruskan hidup semata-mata.

Penggunaan sistem kerja cachorreo

pekerja lombong

Terdapat juga lombong yang dimilik oleh syarikat tertentu seperti CorporaciĆ³n Ananea. Tidak seperti syarikat lain yang membayar gaji secara berkala atau mengikut tempoh waktu bekerja, syarikat ini beroperasi menggunakan sistem kerja kuno yang dipanggil cachorreo.

Dalam zaman moden, sistem ini mungkin dilihat sebagai sebuah penindasan dan berat sebelah pada pekerja. Dalam sistem ini, pekerja akan bekerja selama 30 hari tanpa gaji. Namun, pada hari ke 31, setiap pekerja dibenarkan mengambil seberapa banyak bijih emas yang mampu dipikul oleh badan.

Maka, gaji mereka sangat bergantung pada nasib pada berapa banyak emas yang terdapat pada bijih emas yang diambil oleh mereka itu. Walaupun sistem kerja kuno seperti ini digunakan oleh syarikat yang mengoperasikan lombong disini, ramai orang luar yang berpusu-pusu datang ke sini antara tahun 2001 dan 2009 kerana peningkatan harga emas,

Kredit:

  1. The New Yorker
  2. Atlas Obscura
  3. CNN
  4. The Washington Post



Hakcipta iluminasi.com (2017)