Oleh pada 23 Mar 2018 kategori

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 19

Menurut Laporan Kegembiraan Dunia yang dikeluarkan oleh United Nations Sustainable Development Solutions Network, Norway merupakan negara kedua paling gembira di dunia dengan skor sebanyak 7.594 di belakang Finland.

Laporan ini sedikit sebanyak memberitahu kehidupan rakyat Norway yang sudah pastinya lebih gembira berbanding yang lain. Namun, bukan sahaja rakyat biasa, malah banduan-banduan di Norway juga menjalani hidup yang gembira, lebih-lebih lagi mereka yang dipenjarakan di Penjara Halden.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 11

Terdapat 250 banduan dalam penjara ini dan hampir separuh daripadanya melakukan jenayah berat seperti membunuh, merogol dan sebagainya. 33% daripadanya dihukum atas kesalahan mengedar atau menyeludup dadah.

Diiktiraf sebagai penjara paling berperikemanusiaan, Halden Fengsel agak berlainan daripada penjara biasa. Ia dibina di tengah-tengah hutan kerana arkitek yang bertanggungjawab mahu memelihara alam semulajadi di bahagian dalam penjara.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 6

Mudah untuk melarikan diri dan bersembunyi namun tiada siapa yang melakukannya.

Antara fasiliti lain dalam penjara ini adalah taman, gimnasium, bilik latihan, perpustakaan, bilik komputer dan banyak lagi. Malah, terdapat bilik ibadat di mana anda boleh solat.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 20

Kebanyakan kawasan tidak mempunyai CCTV dan banduan-banduan ini boleh bergerak bebas. Ramai yang mendakwa penjara ini terlalu mewah yang membuatkan hukuman penjara bukanlah satu hukuman yang betul.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 12

Namun bagi warden Are Hoidal, beliau berkata menghukum atau "balas dendam" terhadap pesalah tidak memberikan apa-apa hasil yang baik. Kuncinya adalah memulihkan.

Apa yang menarik mengenai penjara paling best di dunia ini adalah :

1. Penjara yang berseni

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia

Bagi mengurangkan tekanaan psikologi dalam penjara, penjara ini telah membelanjakan kira-kira RM3.9 juta dengan membeli lukisan, fotografi dan memasang pencahayaan.

Menurut pamplet penjara ini, mural yang dihasilkan oleh artis grafiti, Dolk, memberikan sentuhan keriangan dan membuatkan banduan tidak rasa terkongkong.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 25 89

Mereka berharap hasil seni dan kelas melukis serta bengkel kayu yang disediakan dapat memberikan banduan berasa lebih dihargai dan diambil berat.

2. Mewah seperti hotel

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 2

Dari segi hukuman pula, penjara 21 tahun adalah hukuman maksimum di Norway, termasuklah atas kesalahan membunuh.

Dan disebabkan hampir kesemua banduan bakal kembali hidup bersama masyarakat di luar satu hari nanti, penjara ini direka sehabis baik bagi menyerupai dunia luar untuk mempersediakan banduan untuk bebas.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 3

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 18

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 17

Di penjara Halden, bilik-bilik nya amatlah selesa termasuklah mempunyai bilik mandi yang dipasang jubin seramik, peti ais mini dan TV skrin rata.

Menurut pegawai penjara ini, TV yang lebih nipis memberikan ruang yang lebih sedikit kepada banduan untuk menyembunyikan dadah dan bahan larangan yang lain.

3. Rumah kedua banduan

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 16

Bagi setiap 10 hingga 12 sel atau bilik, disediakan sebuah dapur dan ruang tamu bagi banduan menyediakan makanan dan berehat selepas seharian bekerja. Tak ada satu tingkap pun di penjara ini yang mempunyai jeriji besi.

4. Aktiviti seharian

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 21

Aktiviti harian disusun oleh pengawal, bermula daripada 8 pagi hingga 8 malam. Ia membuatkan banduan lebih aktif dan mempunyai hobi.

Ia juga sebahagian daripada strategi keselamatan dinamik penjara ini iaitu banduan yang sibuk beraktiviti kurang menimbulkan masalah terhadap pengawal dan juga sesama sendiri.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 22

Banduan boleh bermain bola keranjang, menggunakan kemudahan memanjat dinding, bermain bola tampar, bersenam, futsal, dan juga berjoging.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 10

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 0

Malah para pengawal juga sering bersosial dengan banduan-banduan sama ada berborak minum kopi atau bersukan. Ini mewujudkan kestabilan sosial dan secara tak langsung membina hubungan baik antara kedua-dua pihak.

5. Studio rakaman

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 5

Bagi banduan yang meminati muzik, pasti membuatkan mereka sangat seronok. Sebuah studio rakaman yang diberi nama "Criminals Studio" dengan peralatan profesional disediakan di penjara ini.

Cikgu muzik yang mengajar tidak menggunakan perkataan "banduan" sebaliknya menggunakan "anak murid".

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 14

Pelbagai peralatan muzik diajar termasuklah piano, gitar, bongo dan banyak lagi. Bukan sahaja banduan malah pengawal juga mengambil bahagian, sehinggakan 3 orang pengawal keselamatan dari penjara ini bertanding alam American Idol versi Norway.

6. Halaman yang tenang

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 24

Arkitek yang mereka bentuk penjara ini memelihara pokok-pokok di sekitar kawasan penjara seluas 75 ekar ini untuk mengaburkan dinding penjara setinggi 20 kaki.

Ia bertujuan meminimakan rasa berada di dalam penjara.

Bak kata arkitek tersebut, untuk membolehkan banduan-banduan merasa semua musim yang ada. 

7. Terapi warna

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 7

Dinding luar penjara ini diwarnakan dengan warna coklat untuk sebati dengan hutan di sekeliling penjara ini. Namun di bahagian dalam, pelbagai jenis warna digunakan. Penghias dalaman menggunakan 18 jenis warna bagi merangsang rasa dan mood yang pelbagai.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 30

Warna hijau redup memberikan rasa nyaman di dalam sel manakala warna jingga pula memberikan rasa bertenaga di dalam perpustakaan. Rumah tetamu yang mempunyai 2 bilik yang digunakan apabila keluarga banduan datang menginap diwarnakan dengan warna merah.

8. Pengawal keselamatan wanita

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 15

Setiap pengawal penjara di Norway wajib melalui latihan 2 tahun di akademi dan status mereka lebih hebat berbanding rakan sejawat di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Deskripsi kerja pengawal mewajibkan mereka memotivasikan banduan supaya hukuman yang dijalani dirasakan sangat bermakna, menyedarkan dan memulihkan sebaik mungkin.

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 23

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 13

Dan di penjara ini, separuh daripada pengawal adalah wanita yang mana gabenor penjara percaya ia mengurangkan tekanan dan menggalakkan tingkahlaku yang baik.

9. Penjagaan kesihatan

penjara halden penjara paling selesa dan bahagia di dunia 9

Walaupun banduan di Norway hilang hak kebebasan mereka, namun hak-hak lain seperti penjagaan kesihatan tetap diterima. Doktor perubatan, doktor gigi dan jururawat disediakan bagi mencegah standard penjara ini daripada merudum.

Terdapat hospital kecil dan klinik gigi yang lengkap dalam penjara ini.

Rujukan:

1. Time

2. Story Institute


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)