Oleh pada 04 Apr 2019 kategori

Kuih biskut pasir adalah antara kuih raya yang rare dan senang dibuat.

Ia boleh dikatakan antara salah satu hidangan wajib di hari raya mungkin disebabkan rasanya yang sedap, teksturnya yang lembut dan senang cair dalam mulut.

Kuih ini agak unik kerana tidak menggunakan mentega sebaliknya menggunakan shortening atau lemak sayur sebagai bahan utama disamping menggunakan tepung naik sendiri (self-raising flour).

Terdapat pelbagai jenis acuan kuih biskut pasir dan ia agak unik. Ia menggunakan kaedah tekan dan potong.

Tekstur doh kuih biskut pasir tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras untuk jadikan rupa kuih ini berkedut-kedut.

Jika doh kuih biskut pasir terlalu keras, bentuk kuih ini akan merekah. Kalau doh kuih biskut pasir ini terlalu lembut, teksturnya tidak akan berkedut.

Jika anda masih tidak mempunyai acuan biskut pasir, boleh tempah melalui WhatsApp di sini.

 

Biskut Pasir (Biskut Hati): Versi 1

 

Bahan-bahan:

  • B/cup (250gm)
  • Gula halus (1 cawan)
  • Tepung jagung (1 1/2 cawan)
  • Kuning telur (2 biji)
  • Esen vanila
  • Pewarna
  • Tepung gandum - ikut lembut

 

Cara penyediaan:

1. Kacau mentega dengan gula.

2. Masukkan telur dan esen vanila.

3. Masukkan tepung jagung .

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit mengikut lembut adunan.

5. Bahagi adunan kepada 2 dan letak pewarna.

6. Boleh dikepal-kepal dan masukkan dalam acuan.

 

Biskut Pasir (Biskut Hati): Versi 2

biskut pasir 1

 

Bahan-bahan:

  • Marjerin (250gm)
  • Gula aising (icing sugar) (250gm)
  • Tepung jagung (2 cawan)
  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Tepung ubi (2 cawan)
  • Serbuk penaik (baking powder) (1 sudu teh)
  • Telur (1 biji)
  • Serbuk koko

 

Cara-cara membuatnya:

1. Putar marjerin dan gula sehingga kembang .

2. Masukkan telur dan telur memutar dengan kelajuan perlahan. 

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati .

4. Bahagikan adunan kepada 2; satu adunan diuli bersama serbuk koko dan satu adunan dibiarkan kosong (plain).

5. Untuk mendapatkan bentuk hati yang bergeriji, masukkan adunan dalam acuan (paip icing) dan potong.

Tips: Jika terlalu sukar, bentuk sahaja mengikut citarasa sendiri.

6. Sedia dibakar dengan suhu 150c sehingga kekuningan.

 

Sumber:

1. Norlela Mahamud [1, 2]

2. Khairul Niza [1, 2]

3. Buku Resepi (bukuresepi.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)