Oleh pada 22 Sep 2021 kategori

Kredit: Instagram @nursajat24 & @ktmbofficial

 

Memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat sudah ditahan pihak berkuasa Thailand di Bangkok.

 

Menerusi sebuah kenyataan balas di Instagram, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kontena-kontena kargo yang dibawa ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang telah dibawa oleh pelanggan-pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.

 

"KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena tersebut samada kontena kosong atau bermuatan.

 

"Fasiliti dan terminal kargo KTMB di Padang Besar adalah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan dan Kastam," tulis mereka.

 

Selain itu, setiap tren kargo yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempadan.

 

"Proses ini melibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan barangan," terang mereka lagi.

 

Walaubagaimanapun, pihak KTMB memberitahu akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara yang dilaporkan.

  

 

Dalam perkembangan sama, akhbar harian tabloid itu turut melaporkan Nur Sajat menggunakan taktik memakai purdah dan niqab untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

 

Melalui sebuah entri di Instagram, penyanyi rap, Caprice dilihat memerli Nur Sajat berhubung berita tersebut.

 

"Sejak Neelofa memakai purdah, personaliti media sosial (influencer) dan ramai pengikut (follower) mula melakukan perkara sama. Memang menjadi suatu trend yang bagus kini.

 

"Alhamdulillah kerana menjemput ramai lagi untuk mengikuti apa yang wajib dan sunnah. Untuk wanita sahaja ya," selorohnya.

 

Komen Pilihan

 

"Menyusahkan. Tidak semena-mena pihak KTMB terpaksa buang masa dan tenaga untuk siasat siapa yang benarkannya rentas sempadan antarabangsa," keluh seorang netizen.

sajatss1

 

Sumber:

1. Instagram Keretapi Tanah Melayu Berhad

2. Harian Metro [12

3. Instagram Caprice 




Hakcipta iluminasi.com (2017)