Siapa masih ingat Akademi Fantasia 1 (AF1) yang pernah menjadi fenomena 14 tahun lalu? Memori anda bersama kesemua 12 bintang AF1 itu akan dikembalikan menerusi sebuah konsert reunion pada 6 dan 7 Mei ini di Planet Comedy.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh salah seorang bekas bintang rancangan realiti tersebut, Adi Fashla menerusi laman Instagramnya.

konsert reunion bintang af1

Difahamkan, 11 bekas peserta AF1 sudah pun menjalani penggambaran bagi mempromosikan konsert tersebut. Bagaimanapun, kelibat juara AF1, Vince Chong tidak pula kelihatan kerana dia dikhabarkan mempunyai urusan lain ketika itu.

Pastinya peminat tegar Akademi Fantasia tertunggu-tunggu untuk mengembalikan nostalgia anda lebih sedekad lepas.

Sumber berita: Mynewshub




Hakcipta iluminasi.com (2017)