Oleh pada 09 May 2019 kategori

king maha vajiralongkorn

Sejurus sebelum majlis pertabalan Raja Thailand iaitu Raja Maha Vajiralongkorn, negara jiran kita ini telah menerima ratu baru yang mengejutkan seluruh Thailand.

Ini kerana Raja berusia 66 tahun itu berkahwin secara tidak disangka-disangka dengan timbalan komander unit pengawal peribadinya dalam satu majlis yang mengejutkan.

Ini sekaligus memberinya gelaran Ratu Suthida Vajiralongkorn na Ayudhaya. Suthida yang berusia 40 tahun mengambil bahagian dalam beberapa majlis penobatan berkenaan.

ratu suthida vajiralongkorn na ayudhaya

iluminasi.com kongsikan beberapa fakta menarik mengenai ratu baru Thailand, Ratu Suthida Vajiralongkorn.

  • Dilahirkan pada 3 Jun 1978, nama sebenar beliau adalah Suthida Tidjai.
  • Beliau menamatkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda seni komunikasi pada tahun dari Assumption Universiti, sebuah universiti swasta di Bangkok.
  • Sebelum berkhidmat untuk istana, Suthida bekerja sebagai pramugasi untuk Thai Airways. Beliau kemudiannya menyertai unit perlindungan Putera Mahkota Vajiralongkorn.

ratu thailand siam suthida tidjai

  • Mengkritik atau menghina Ratu Suthida dianggap sebagai satu jenayah di bawah undang-undang Thailand. Ia membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun. Raja, ratu, pewaris takhta dan bupati diliputi oleh undang-undang ini.
  • Sebelum perkahwinan ini, Ratu Suthida sudah memegang pangkat jeneral dalam Tentera Diraja Thailand. Ia berikutan kenaikan pangkat pada Disember 2016 oleh Raja Maha Vajiralongkorn dengan perintah raja sebaik sahaja Raja Maha mengambil alih takhta selepas kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej.
  • Sebelum majlis perkahwinan diraja ini, Ratu Suthida adalah timbalan komander Own Bodyguard Regiment untuk Raja Maha. Komander bagi unit ini adalah Raja Thailand sendiri dan Raja Maha memasukkan Suthida Raja ke dalam unit pegawai khas rejimen tersebut pada tahun 2013. 

raja maha vajiralongkorn dan ratu suthida vajiralongkorn na ayudhaya

  • Perkahwinan ini sangat mengejutkan ramai rakyat Thailand kerana pihak istana tidak pernah mengetahui tentang hubungan peribadi antara dirinya dan Raja Vajiralongkorn, yang sebelumnya telah berkahwin dan bercerai tiga kali.
  • Beliau telah dianugerahkan kepujian diraja dalam 20 perintah raja, yang pertama pada tahun 2012 apabila Raja Bhumibol menganugerahkan Perintah Gajah Putih untuk "kejujuran, kesetiaan dan tanggungjawab, dedikasi dan pengorbanan" atas khidmatnya untuk Putera Vajiralongkorn pada ketika itu.
  • Perintah diraja tersebut menamakan Suthida sebagai Leftenan Kolonel Suthida Vajiralongkorn.

Rujukan:

1. RTE

2. CNA

3. BBC


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)