gambaran tangga ke syurga neraka

Nabi Idris AS merupakan keturunan ke-6 daripada Nabi Adam AS dan nabi ke-3 setelah Nabi Adam dan Syits. Salasilahnya ialah Idris bin Yarid bin Mahlail bin Qainan bin Anusy bin Syits bin Adam AS. Menurut kitab tafsir, Nabi Idris hidup 1000 tahun selepas wafatnya Nabi Adam AS pada sekitar tahun 4533 sehingga 4188 SM.

Di dalam beberapa kisah, Nabi Idris AS diceritakan sebagai manusia pertama yang mengenal tulisan, menguasai ilmu bahasa, ilmu hisab, ilmu alam dan ilmu astronomi. Nabi Idris juga dikisahkan sebagai seorang yang sangat jujur dan sangat sabar seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Qur'an:

“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi.”

[QS. Maryam : 56]

"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar."

[QS. Al-Anbiya : 85]

oasis 232

Nabi Idris juga menjadi salah seorang yang ditemui oleh Nabi Muhammad SAW ketika melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj. Mereka bertemu di langit yang ke-4.

Diriwayatkan dari Abbas bin Malik:

"Gerbang telah terbuka, dan ketika aku pergi ke langit keempat, disana aku melihat Idris. Jibril berkata (kepadaku). 'Ini adalah Idris; berilah dia salammu.' Maka aku mengucapkan salam kepadanya dan ia mengucapkan salam kepadaku dan berkata. 'Selamat datang, wahai saudaraku yang alim dan nabi yang saleh."

[Sahih Bukhari 5:58:227]

Dikunjungai Malaikat Maut

padang pasir 389

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Maut, lalu Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat maut, kedatanganmu ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Maut "aku datang untuk menziarah dengan izin Allah."

Tanya Nabi Idris AS kepada Malaikat Maut lagi, "Hai Malaikat Izrail, aku ada permintaan kepadamu" Kata Malaikat Maut "permintaan apakah itu?" Jawab Nabi Idris "permintaan supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah SWT menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada-Nya setelah aku merasakan sakaratulmaut".

Malaikat Maut menjawab "sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang itu tanpa izin Allah." Lalu Allah SWT menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut agar mencabut nyawa Nabi Idris AS.

Ketika itu juga Malaikat Maut mencabut nyawa Nabi Idris AS lalu menangislah Malaikat Maut sambil memohon agar Allah SWT menghidupkan kembali Nabi Idris AS.

kubur

Allah SWT mengabulkan permintaan Malaikat Maut, maka Nabi Idris dihidupkan kembali. Malaikat Maut lalu bertanya kepada Nabi Idris AS "Wahai Idris, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu? Kata Nabi Idris AS "Sesungguhnya rasa sakaratul maut itu saya seperti binatang dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan seribu kali lebih sakit."

Perjalanan ke Neraka dan Syurga

Nabi Idris AS berkata lagi kepada Malaikat Maut: "Saya mempunyai hajat lagi iaitu ingin melihat Neraka Jahannam supaya saya boleh beribadah kepada Allah SWT dengan lebih tekun lagi." Jawab Malaikat Maut ""Bagaimana aku boleh pergi ke Neraka Jahannam tanpa izin Allah?"

Maka Allah SWT menurunkan wahyu: "Pergilah engkau ke Neraka Jahannam bersama Idris." Setibanya di hadapan pintu neraka Nabi Idris AS pengsan melihat wajah Malaikat Malik yang sangat menyeramkan serta bagaimana dahsyatnya api neraka membakar manusia dengan segala macam bentuk seksaan.

Setelah Nabi Idris AS kembali sedar dia bertanya lagi kepada Malaikat Maut "Saya mempunyai keinginan lagi iaitu ingin melihat syurga supaya dapat menambahkan lagi ketaatan kepada Allah SWT. Maka Allah memberi izin kepada Malaikat Maut untuk membawa Nabi Idris AS sampai ke pintu syurga dan disambut dengan salam oleh Malaikat Ridwan.

Nabi Idris AS melihat dari pintu syurga pelbagai nikmat dengan istana-istana yang besar serta pelbagai tumbuhan yang diciptakan Allah SWT di dalamnya. Kemudian Nabi Idris AS berkata kepada Malaikat Maut, "Wahai saudaraku, mohonlah kepada Allah agar aku diizinkan untuk masuk ke dalam syurga dan minum air di dalamnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di kerongkongku ini."

Tidak mahu meninggalkan Syurga

gambaran syurga 2

Lalu Malaikat Maut memohon kepada Allah dan diizinkan mereka untuk masuk ke dalam syurga. Ketika berada di dalamnya Nabi Idris AS meletakkan kasutnya di bawah sebuah pohon dan apabila mereka keluar dari syurga Nabi Idris AS berkata "Hai Malaikat Maut, kasut saya tertinggal di bawah sepohon pokok di dalam syurga, izinkanlah aku kembali mengambilnya.

Setelah masuk semula ke dalam syurga, Nabi Idris AS tidak mahu keluar lagi kerana nikmatnya maka Malaikat Maut berteriak kepadanya, "hai Idris, keluarlah engkau dari syurga". Nabi Idris enggan dan berkata "setiap yang hidup itu akan mati dan sesungguhnya aku telah merasakan mati”.

Maka Allah SWT berfirman lagi:

"Tidak ada diantara kamu kecuali mereka itu memasuki syurga sedang aku pernah memasuki neraka dan  tidaklah mereka itu dikeluarkannya (daripada syurga)."

Allah berfirman lagi kepada Malaikat Maut:

"Tinggalkanlah dia (Nabi Idris AS), sesungguhnya Aku telah memutuskan sejak azali lagi bahawa sesungguhnya dia tergolong ahli dan penghuni syurga."
"Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris AS dan seterusnya"

Rujukan:

1. Jaipk Perak

2. Muslimah Daily

3. Gadenks


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)