Sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997, Sirivat Voravetvuthikun merupakan seorang jutawan dari Thailand. Beliau pada ketika itu merupakan seorang pelabur saham dan pemilik syarikat pembinaan dan tinggal di kondominium paling mahal di Bangkok.

Namun, krisis ekonomi pada tahun 1997 telah memberi kesan buruk pada negara Thailand dan perniagaannya sehingga beliau pernah diisytiharkan muflis. Segalanya berubah dengan sekelip mata dan tiada apa yang mampu dilakukannya pada ketika itu untuk menyelamatkan perniagaan dan asetnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Saat-saat diisytiharkan muflis

krisis ekonomi dunia 874

Sebelum krisis ekonomi dunia tersebut berlaku, beliau telah melakukan banyak pinjaman kewangan daripada bank dengan bayaran faedah yang agak tinggi, sekitar 17%. Walaubagaimanapun, beliau tidak pernah khuatir akan bayaran faedah tersebut memandangkan beliau mempunyai keupayaan dan pengalaman menguruskan dana yang agak besar sebelum itu.

Pada awal tahun 1997, Sirivat telah mengambil risiko besar dengan membuat pinjaman terbesarnya bagi membiayai projek pembinaan hartanahnya termasuk pembangunan kondominium mewah berjarga 1 juta baht (RM109 juta) selain membuat beberapa pelaburan dalam pasaran saham.

Tidak lama selepas itu, pada bulan Februari 1997, beliau telah memaklumkan pada stafnya yang pada ketika itu seramai 40 orang bahawa syarikatnya berkemungkinan akan muflis akibat tidak mampu melunaskan pinjaman yang dibuat mengikut jadual.

Aliran keluar masuk wang semakin tenat dan krisis ekonomi telah menyebabkan tiada satupun unit kondominium mewah yang dibinanya terjual. Malah, sekiranya unit-unit kondominium tersebut diberikan pada pihak bank, syarikatnya masih berhutang sebanyak 400 juta baht (RM43 juta).

Tekanan hidup

jutawan thailand sandwich

Saat diisytiharkan muflis, hidupnya gelap. Namun, beliau masih waris kerana tidak mengambil keputusan tidak bijak membunuh diri (seperti yang dilakukan segelintir individu yang terkesan teruk dengan krisis ekonomi).

Menurutnya, membunuh diri tidak akan menyelesaikan masalah memandangkan beban yang ditanggung terpaksa pula ditanggung oleh isteri dan anak-anaknya sekiranya beliau membunuh diri. Beliau pada ketika itu beranggapan lebih sanggup muflis dan menanggung malu daripada mati.

Sirivat turut menyalahkan dirinya sendiri kerana begitu tamak sehingga gelap mata dalam membuat pinjaman dan pelaburan besar-besaran. Walau bagaimanapun, segalanya sudah terlambat.

Menjual sandwich di jalanan

jutawan sandwich

Walaupun sandwich begitu sinonim sebagai makanan sarapan pagi di Barat, ianya menjadi pilihannya kerana sandwich sangat mudah disediakan dan kosnya juga agak murah. Selain itu, beliau sedar bahawa kebanyakan rakyat Bangkok agak sibuk pada waktu pagi untuk ketempat kerja jadi waktu-waktu puncak ini merupakn sasaran utamanya untuk melakukan jualan.

Pada mulanya, beliau meletakkan sandwichnya dalam kotak yang diikat pada lehernya. Bukan mudah orang yang pernah kaya sepertinya mahu menurunkan egonya berhadapan dengan orang ramai. Namun, beliau menolak perasaan malu itu dan pada hari pertamanya sahaja telah berjaya menjual 40 sandwich.

Kisahnya menjual sandwich di jalanan telah mendapat perhatian media nasional dan antarabangsa. Hal tersebut secara tidak langsung telah memberi lebih pendedahan terhadap perniagaan barunya ini.

Apabila kisahnya tular, orang ramai mula membeli daripadanya. Beliau juga amat berterima kasih kepada pihak media yang berkongsi mengenai kisahnya dan sejak itu perniagaanya semakin berkembang sehingga mampu menjual sehingga 800 keping sandwich setiap hari!

Kembali bangkit

jutawan thailand

Pada tahun 2003,  Sirivat telah diisytiharkan bankrap. Namun, hanya dalam tempoh 3 tahun, beliau telah diisytiharkan bebas daripada bankrap menurut undang-undang Thailand. Walau bagaimanapun, beliau dikatakan masih berhutang kira-kira 11 juta baht (RM1.2 juta) kepada beberapa kawan dan dalam usaha melunaskannya.

Sirivat mempunyai perancangan rapi untuk menyenaraikan perniagaan terbarunya ini dalam pasaran saham dan membuat francais di beberap tempat lain. Walaupun hanya menjual sandwich, siapa sangka makanan yang sungguh mudah dihasilkan ini mampu terjual laku setiap hari?

Mengenai kejayaannya ini, Sirivat amat berterima kasih pada isterinya yang sanggup bersusah payah membantunya bangkit semula setelah mereka jatuh. Malah, idea menjual sandwich ini juga merupakan idea asal isterinya. Isterinya turut membantunya menyediakan sandwich dengan bangun seawal 3 pagi setiap hari.

Pada awalnya, beliau hanyalah berseorang. Lama-kelamaan, beliau telah memiliki 14 orang pekerja yang turut menjual sandwich di jalanan sepertinya. Selain sifatnya yang rajin, beliau amat menitik beratkan soal kebersihan dan jenama sandwichnya bagi membolehkan perniagaannya semakin berkembang.

Apabila perniagaannya semakin stabil, beliau turut menambah bilangan produknya sendiri dengan menghasilkan beberapa jenis minuman ringan, membuka kedai kopi dan memperkenalkan servis katering.

Kisah Sarivat ini wajar dijadikan inspirasi kerana sifatnya yang tidak mahu mengaku kalah dalam memperbaiki nasibnya. Pemikirannya yang positif untuk bangkit kembali selepas gagal dalam perniagaan sebelum itu sewajarnya dicontohi oleh kita semua.

Kredit:

  1. The Telegraph
  2. The Star
  3. Voa News



Hakcipta iluminasi.com (2017)