iluminasi harry potter jk rowling5

Siapa tidak kenal Joanne Rowling atau nama penanya, JK Rowling, pasti sekurang-kurangnya pernah mendengar mengenai siri buku beliau yang paling popular iaitu Harry Potter. Bermula dari menjadi penulis yang banyak kali menerima tolakan, beliau kini adalah wanita ke 13 terkaya di Britain dan mempunyai aset yang lebih tinggi berbanding Permaisursi Britain sendiri.

Tetapi semua kejayaan yang dicapai oleh beliau bukannya datang sekelip mata. Berikut adalah 5 fakta berkenaan JK Rowling yang mungkin membuatkan anda terkejut.

1. Perkahwinan pertama beliau tidak berakhir dengan baik

iluminasi harry potter jk rowling

Beliau telah berkahwin dengan seorang jurnalis dari Portugal bernama Jorge Arantes dan dikurniakan anak perempuan bernama Jessica pada tahun 1993. Perkahwinan tersebut berakhir apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai dan Joanne kemudiannya meneruskan kehidupan menjaga Jessica bersama kakaknya, Di yang tinggal di Edinburgh. Beliau kini sudah berkahwin lain.

2. Beliau tidak mempunyai zaman muda yang baik

iluminasi harry potter jk rowling6

Joanne mempunyai zaman muda yang dikatakan tidak mempunyai kenangan yang indah. Beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bapa beliau dan ibunya pula menghidap penyakit sklerosis pelbagai yang membuatkan ibunya tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan sempurna.

3. Menghidap penyakit keresahan melampau

iluminasi harry potter jk rowling7

Oleh kerana tekanan hidup yang beliau alami, Joanne telah disahkan menghidap penyakit keresahan melampau atau clinical depression di mana beliau akan merasa tertekan dengan tekanan-tekanan yang dihadapi sehingga membuatkan beliai sentiasa takut untuk menghadapi kehidupan normal.

4. Beliau pernah menganggur kerana dibuang kerja

iluminasi harry potter jk rowling3

Tekanan beliau sebagai ibu tunggal yang menghadapi kesusahan setiap hari akhirnya membuatkan beliau terpaksa hidup dengan wang bantuan kerajaan selepas beliau tidak mempunyai pekerjaan. Hidup di dalam sebuah rumah kecil bersama anak beliau dan diselubungi tekanan hidup, ada waktunya beliau merasakan untuk mahu membunuh diri. Beliau menyebut pada waktu itu, satu-satunya perkara baik yang ada pada dia adalah dia masih mempunyai rumah untuk didiami.

5. Manuskrip 'Harry Potter' menerima banyak tolakan

iluminasi harry potter jk rowling2

Joanne menyebut yang beliau telah menghantar manuskrip Harry Potter yang pertama kepada pelbagai jenis syarikat penerbitan tetapi kebanyakannya ditolak sehinggalah diterima oleh sebuah syarikat bernama Bloomsbury. Untuk menerbitkan novel itu pula, Bloomsbury memberi syarat supaya nama pena beliau ditukar kerana novel fantasi yang ditulis oleh wanita agak sukar untuk diterima orang ramai. Atas saranan tersebut, Joanne Rowling mengambil nama neneknya, Kathleen lalu digabungkan dengan namanya lalu terhasillah nama pena JK Rowling.Apa yang kita boleh belajar dari kisah hidup beliau? Sekali kita jatuh tidak semestinya menjadikan kita selamanya jatuh. Ada kalanya, kita berani terus mencuba. Tak kurang pentingnya, kita mestilah bersedia mendengar nasihat dan pandangan orang lain kerana mungkin Harry Potter yang ditulis oleh "Joanne Rowling," tidak akan menjadi fenomena seperti sekarang.


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)