Pada penghujung tahun 1980-an, sebuah hotel setinggi 7 tingkat yang berstatus 5 bintang telah wujud dan terletak di kawasan perairan Australia. Hotel ini bukanlah hotel biasa sebaliknya sebuah hotel terapung yang dibina di atas sebuah kapal yang berlayar di kawasan John Brewer Reef, kira-kira 70 km daripada pesisir pantai Queensland, Australia.

Sebagai hotel berstatus 5 bintang, maka segala kelengkapan dan kemudahan disediakan untuk pelanggan yang menetap disini antaranya 200 buah bilik, disko, gimnasium, sauna, 2 buah restoran, gelanggang tenis dan banyak lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rata-rata penduduk Townsville, pekan terdekat dimana kapal ini berlayar mempunyai pengalaman sertai cita-cita untuk menginap di hotel mewah yang serba unik ini. Hotel terapung ini diberi nama John Brewer Reef Resort sempena lokasi asalnya. Walaupun hotel ini masih lagi wujud pada hari ini, ianya telahpun berpindah ke Korea Utara.

Idea unik

hotel terapung australia korea utara

Hotel terapung ini merupakan idea unik Doug Targa, seorang pemilik syarikat pembinaan dari Townsville. Beliau mahukan sebuah hotel "dibina" di kawasan John Brewer Reef bagi membolehkan para pelancong mempunyai akses mudah ke kawasan terumbu karang ini.

Kawasan John Brewer Reef merupakan syurga bagi para penyelam kerana keindahan terumbu karang di kawasan perairan ini. Disebabkan jaraknya yang jauh sekitar 70 km, maka tidak ramai pelancong yang mahu kesini. Dengan kewujudan hotel ini, pelancong boleh menetap disini pada masa yang sama melakukan aktiviti penyelaman di kawasan ini.

Pada asalnya, Doug Targa mahu membina sebuah hotel kekal di kawasan ini dengan menggabungkan 3 buah kapal besar sebagai tapak hotel ini. Walau bagaimanapun, idea ini didapati tidak praktikal kerana mempunyai risiko tinggi akan menghancurkan kawasan terumbu karang ini.

Konsep mesra alam

john brewer reef resort

Model rekabentuk hotel terapung ini yang dipamerkan di Townsville Maritime Museum

Akhirnya setelah perbincangan lanjut, idea pembinaan hotel ini direalisasikan oleh sebuah syarikat pembinaan dari Sweden yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan pelantar minyak untuk membina sebuah hotel terapung. 

Disebabkan kawasan John Brewer Reef adalah sebuah kawasan yang sensitif, maka pembinaan hotel ini telah dilakukan di Singapura sebelum kapal tersebut berlayar ke Australia. Selain itu, hotel ini mestilah mematuhi syarat yang ketat agar tidak merosakkan kawasan perairan yang unik dan sensitif ini.

Antara syarat tersebut adalah tiada sisa kumbahan dan toksik yang boleh dilepaskn dari kapal ini. Segala sisa kumbahan dan semua sisa cecair mesti dirawat dan  disterilkan sebelum dibuang beberapa batu di luar kawasan terumbu karang. Sampah dibakar dan sisa sampah tersebut kemudiannya akan dibawa ke tanah besar sebelum dilupuskan.

Saat-saat kejatuhan

pembinaan hotel terapung

Pembinaan kapal ini telah siap pada tahun 1987 dengan kos keseluruhan sekitar $40 juta. Walau bagaimanapun, beberapa isu yang timbul dengan syarikat berpangkalan di Singapura ini telah menyebabkan pembinaannya tergendala buat beberapa ketika sehinggalah Januari tahun berikutnya.

Bagai jatuh ditimpa tangga, kapal ini dilanggar pula oleh puting beliung yang telah menyebabkan beberapa kerosakan sehingga menyebabkan pembukaan hotel ini terpaksa dilewatkan sekali lagi selama 2 bulan.

Apabila dibuka pada bulan Mac, hotel ini sudahpun terlepas peluang besar mendapatkan pelancong-pelancong daripada kawasan Hemisfera Utara yang sedang bercuti sempena musim sejuk. Hal ini menyebabkan hotel ini mengalami kerugian  berjuta dollar akibat daripada kelewatan pembukaannya.

Salah satu halangan yang terpaksa dihadapi oleh pemilik hotel ini adalah ketidaktentuan keadaan gelombang ombak di laut. Jarak 70km dengan menaiki pengangkutan laut bukanlah dekat dengan semuanya bergantung dengan keadaan laut yang kadang-kala sangat bergelora dan tidak sesuai untuk ke hotel ini.

Pernah terjadi juga sebuah kes kebakaran bot pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut pelancong ke sini. Walaupun kesemua penumpang selamat, ia telah memberika persepsi negatif dan menimbulka ketakutan kepada bakal pelancong.

Pelayaran ke Korea Utara

hotel terapung vietnam

Ketika berada di Sungai Saigon, Vietnam

Kekurangan pelancong ditambah dengan kurangnya promosi ke hotel ini membuatkan pemiliknya beranggapan perniagaan ini tidak menguntungkan. Kira-kira setahun selepas dibuka kepada pelancong, akhirnya hotel ini telah dijual kepada sebuah syarikat dari Vietnam.

Maka, pada tahun 1989 hotel terapung ini telah ditunda ke Saigon yang terletak kira-kira 5,000 km dandiletakkan di Sungai Saigon. Hotel ini kemudiannya telah dijenamakan  semula sebagai Saigon Floating Hotel.

Pada ketika itu, negara Vietnam baru sahaja tamat Perang Vietnam yang menyaksikan industri pelancongan kembali berkembang. Maka. kemunculan hotel ini adalah tepat pada masanya dan seperti dijangka mendapat permintaan ramai. Maka, ianya juga mendapat gelaran "The Floater".

hotel terapung korea utara

Malangnya, sekali lagi hotel ini mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan hotel ini sekali lagi dijual. Kali ini, pihak Korea Utara pula telah membelinya dan menunda hotel terapung ini ke kawasan perairan dan pelancongan berdekatan Gunung Kumgang yang terletak di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan.

Hotel ini kemudiannya dibuka semua kepada pelancong pada tahun 1998 yang menyaksikan ramai pelancong dari negara jiran mereka menginap ke sini. Hotel ini juga ditelah diberikan nama baru iaitu Hotel Haegumgang. Hotel ini diberikan nafas baru dan kembali "hidup".

Malangnya, kira-kira 10 tahun kemudian, tragedi seorang askar Korea Utara yang dikatakan tertembak kepala seorang wanita dari Korea Selatan menyebabkan tempahan untuk penginapa di hotel ini diberhentikan serta-merta. Kes ini menyebabkan ramai pelancong mengelakkan untuk datang ke sini kerana khuatir akan keselamatan diri mereka.

kim jong un 58

Kim Jong Un dihadapan Hotel Haegumgang

Pada masa kini, Hotel Haegumgang masih terdampar di kawasan perairan Korea Utara dan sudah ditutup lebih daripada 10 tahun. Walaupun terdapat ura-ura hotel ini bakal dibuka kembali, pemerintah Korea Utara Kim Jong-un dikatakan tidak berpuas hati dengan keadaan hotel ini yang dianggap terlalu usang dan perlu dibaik pulih terlebih dahulu.

Tidak dapat dipastikan apakah status hotel ini buat masa ini. Agak menarik sekiranya hotel ini diberikan nafas baru dan dibuka semula kepada pelancong luar negara. Namun, adakah anda berani mengambil risiko untuk menginap di hotel yang terletak di negara yang terkenal dengan undang-undang pelik ini?

Kredit:

  1. ABC News
  2. Wikipedia
  3. NK News



Hakcipta iluminasi.com (2017)