Kerajaan Britain pada masa kini dapat menikmati kekayaan dan kemewahan akibat daripada dasar kolonisasi mereka suatu ketika dahulu. Selain Tanah Melayu, British juga pernah menguasai negara India suatu ketika dahulu dan penjajahan ke atas India dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk mengaut kekayaan sebanyak mungkin.

Kajian daripada seorang pakar ekonomi, Utsa Patnaik menunjukkan antara tahun 1765 hingga 1938, penjajah Britain telah merompak sebanyak $45 trilion (dalam nilai sekarang) daripada India melalui pelbagai helah dalam dunia perdagangan. Kajian mengenai perkara ini baru diterbitkan oleh Columbia University Press pada bulan November yang lalu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jumlah $45 trilion ini bukanlah sesuatu yang sedikit, malah bersamaan dengan 17 kali ganda jumlah pendapatan kasar tahunan produk domestik United Kingdom pada hari ini. Persoalannya, bagaimanakah perkara ini berlaku?

Scam dalam sistem perdagangan

british east india company 529

Semuanya terjadi akibat daripada manipulasi sistem perdagangan yang diperkenalkan pihak Britain sendiri. Sebelum era kolonial Britain, Britain akan membeli beras dan kain daripada penjual dari India dengan bayaran menggunakan perak.

Segalanya berubah pada tahun 1765, tidak lama selepas syarikat East India Company mengawal dan memonopoli sistem perdagangan di India. Mereka mula mengutip cukai daripada setiap traksaksi jual beli.

Daripada cukai yang dikutip ini, sebahagian daripada wang tersebut yakni satu pertiga daripadanya digunakan semula untuk membeli barangan daripada India untuk kegunaan British. Dalam erti kata lain, mereka membeli barangan daripada India menggunakan duit orang India sendiri. Oleh itu pihak British sebenarnya memperolehi barangan tersebut secara percuma.

Ianya umpama scam dalam skala yang besar. Malangnya, rakyat India pada ketika itu tidak menyedari perkara ini memandangkan pihak yang membeli barangan daripada orang India bukanlah orang yang sama ditugaskan untuk mengutip cukai daripada orang India.

penguasaan british di india

Barangan yang dibeli daripada India menggunakan duit orang India sendiri ini sebahagiannya digunakan untuk kegunaan rakyat British sementara selebihnya dieksport pula ke negara lain. Pengeksportan barangan-barangan ini membolehkan pihak British mengimbangi aliran keluar wang mereka yang digunakan untuk mengimport barang-barang daripada negara-negara Eropah.

Pada ketika itu, British banyak mengimport barangan seperti besi, tar dan kayu untuk tujuan perindustrian di Britain. Dalam erti kata mudahnya, duit yang dirompak daripada orang India inilah yang banyak menyumbang kepada Revolusi Perindustrian di Britain.

Bukan itu sahaja, British juga mampu untuk menjual barangan yang diperolehi daripada India ini pada harga yang lebih murah daripada harga pesaing memandangkan mereka berjaya mendapatkannya secara percuma.

Pengenalan sistem wang kertas istimewa

british raj 194

Setelah pemerintahan British Raj memerintah India, mereka memperkenalkan pula satu sistem baru yang pelik. Apabila pengaruh dan monopoli syarikat East India Company runtuh, penjual daripada India bebas untuk menjual kepada negara luar secara langsung. British walau bagaimanapun bijak memperkenalkan sistem baru untuk memastikan mereka tetap mendapat keuntungan daripada transaksi jual-beli ini.

Secara umumnya, setiap peniaga dari luar yang mahu membeli barangan daripada India hanya boleh berbuat demikian menggunakan wang kertas khas yang dikeluarkan oleh pihak British. Satu-satunya cara untuk mendapatkan wang kertas ini adalah membelinya daripada pihak British sendiri di mana ianya hanya boleh dibeli menggunakan tukaran emas dan perak sahaja.

Sebaliknya, apabila peniaga dari India ini hendak menukarkan wang kertas istimewa yang diterima daripada pembeli ini, mereka hanya akan diberi wang dalam mata wang rupee sahaja. Walhal, wang ini sebenarnya adalah cukai yang dikutip daripada orang India sendiri.

Dalam erti kata lain, pihak British sebenarnya membuat keuntungan atas angin sahaja dengan mengeksploitasi sistem perdagangan di India. Bukan itu sahaja, pihak British juga memperoleh emas dan perak secara "percuma" yang sepatutnya dibayar kepada peniaga dari India.

Menggunakan duit dari India untuk mengukuhkan penguasaan

syarikat india timur british 469

Menurut kajian, wang-wang yang dirompak daripada India ini banyak digunakan British untuk proses kolonisasi mereka antaranya pencerobohan China pada tahun 1840-an. Malah, wang ini jugalah digunakan untuk melawan pemberontakan orang India pada tahun 1857 yang bangkit menuntut kemerdekaan.

Bukan itu sahaja, dana daripada India ini jugalah digunakan untuk membiayai proses kolonisasi British ke kawasan Eropah seperti Kanada dan negara-negara lain. Daripada sejarah ini, kita tahu India bukan sahaja malang kerana dijajah British secara fizikal, malah sistem ekonominya turut dijajah dan dieksploitasi.

Bayangkan sekiranya sistem ekonomi mereka tidak dieksploitasi dan wang mereka tidak dirompak, besar kemungkinan India merupakan salah satu negara besar dunia pada hari ini.

Kredit:

  1. Al Jazeera
  2. Republic World



Hakcipta iluminasi.com (2017)