Ketika peperangan, pemberontakan ataupun konflik, kedua-dua pihak yang terlibat biasanya akan memastikan perhubungan dalaman sesama ahli pasukan tidak dapat  dipintas oleh pihak musuh. Kerahsiaan in sangat penting bagi memastikan segala perancangan yang dibuat tidak boleh digagalkan oleh pihak musuh yang mengetahuinya terlebih dahulu.

Maka, kebiasanya kod atau teknik rahsia akan digunakan bagi mengelakkan mesej yang disampaikan tidak dapat dibaca oleh pihak musuh. Sebelum ini kami pernah menulis mengenai Kod Navajo, bahasa orang asli etnik Navajo di Amerika Syarikat yang digunkana oleh pihak tentera Amerika Syarikat sewaktu perang dengan Jepun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ternyata penggunaan kod ini sangat efektif dan tidak dapat dipintas oleh pihak Jepun. Lebih menarik, rahsia mengenai penggunaan bahasa Navajo ini hanya didedahkan selepas Perang Dunia Kedua tamat. Sepanjang perang, kira-kira 400 orang Navajo telah direkrut bagi menjayakan misi ini.

Kisah kumpulan penentang di Colombia

farc

Pasukan The Revolutionary Armed Forces of Colombia (FARC) muncul pada tahun 1960-an sebagai sekumpulan petani berfahaman Komunis yang bersenjata menentang pemerintah dan menuntut pembaharuan dalam sektor buruh.

Kewujudan kumpulan ini kemudiannya dikuti pula oleh zaman sejarah hitam dan berdarah Colombia yang dikenali sebagai "La Violencia" yang melibatkan peperangan di antara pihak Liberal dan Konservatif yang mengakibatkan 300.000 kematian.

FARC membina pangkalan jauh ke dalam hutan dengan kempen pengeboman tentera pada tahun 1964, FARC membina kekuatan dan berjaya meningkatkan jumlah anggota mereka. Menjelang tahun 2010, FARC mempunyai kira-kira 8,000 hingga 10,000 orang anggota menurut Kumpulan Krisis Antarabangsa. 

Pada saat kerajaan dan FARC bersetuju mengisytiharkan gencatan senjata pada penghujung tahun 2014, peperangan antara kedua pihak ini dianggap sebagai paling lama dan paling berdarah dalam sejarah negara tersebut. FARC mempunyai sejarah panjang melakukan penculikan dan kemudiannya menggunakan mangsa untuk mendapatkan wang tebusan.

Dianggarkan 6880 individu telah diculik oleh kumpulan ini dimana kira-kira 500 daripadanya disebabkan keterlibatan individu tersebut dalam pasukan tentera atau politik. Malah, ada antara tebusan yang ditahan selama 18 tahun lamanya. 

Penculikan warga Amerika biasanya dilakukan untuk tujuan mendapatkan wang tebusan. Walau bagaimanapun, FARC juga menculik indvidu-individu penting warganegara Colombia sebagai tukaran untuk melakukan rundingan dengan kerajaan.

Usaha menyelamatkan tebusan

pengganas colombia

Sepanjang tempoh keganasan yang dilakukan oleh FARC, kerajaan Colombia sudah beberapa kali melancarkan operasi untuk menyelamatkan tebusan. Operasi terbesar yang dilakukan mereka adalah Operasi Chameleon, operasi selama 6 bulan melibatkan 300 tentera kerajaan dan serbuan secara senyap ke dalam kem FARC.

Kerajaan sedar bahawa ianya sangat berisiko. FARC telah mengungut bahawa sekiranya mereka lihat terdapat cubaan serbuan oleh pihak tentera, mereka tidak teragak-agak akan menembak mati tebusan.

Kolonel Jose Espejo, pakar komunikasi tentera Colombia sedar bahawa beliau perlu menyampaikan mesej kepada para tebusan bahawa mereka perlu bersedia untuk melarikan diri apabila pihak tentera melakukan serbuan. Maka, Kolonel Jose Espejo telah menghubungi Juan Carlos Ortiz untuk mendapatkan bantuan.

lagu mesej rahsia morse code selamatkan banduan kolombia

Juan Carlos Ortiz (Ortiz) merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan,  Tony the Tiger. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab menghasilkan iklan anti-kokain untuk kempen anti-kokaian yang dilancarkan oleh kerajaan. Iklan yang dihasilkan telah memenangi anugerah Lion at Cannes, anugerah dalam industri pengiklanan yang setaraf dengan anugerah Oscar dalam industri perfileman.

Kejayaannya ini walau bagaimanapun menyebabkan dirinya diancam bunuh oleh FARC. FARC sangat bergantung pada bisnes jualan kokain mereka sebagai sumber kewangan utama untuk menentang kerajaan. Demi keselamatan diri dan keluarganya, beliau sekeluarga telah dipindahkan ke cawangan syarikat tersebut di New York.

Usaha menyampaikan mesej sulit kepada tebusan

krisis colombia

Kolonel Jose Espejo sedar bahawa Ortiz mungkin dapat membantunya. Ortiz juga bukan calang-calang orang, beliau pernah merancang melancarkan sebuah kempen unik terhadap FARC pada tahun 2008.

Pada tahun tersebut, beliau telah merancang untuk melakukan kempen untuk "memujuk" secara halus pengganas FARC wanita yang mengandung untuk berpaling tadah kepada kumpulan mereka. Pihak tentera telah menjatuhkan 7 juta puting kanak-kanak ke dalam hutan dengan mesej agar pengganas ini kembali semula kepada kerajaan dan hidup seperti orang biasa.

Operasi ini melibatkan penggunaan 7 buah helikopter, 3 kapal terbang dan 72 anggota tentera yang melakukan penerbangan dua kali seminggu selama 4 bulan. Walau bagaimanapun, Operasi Chameleon yang dirancang ini mungkin lebih sulit kerana mereka perlu menghantar mesej rahsia kepada tebusan.

Mesej yang disampaikan itu mesti difahami oleh tebusan sahaja dan tidak dapat dihidu oleh para pengganas FRC. Mereka mahu memberikan semangat kepada para tebusan bahawa kerajaan sedang berusaha menyelamatkan mereka dan mereka mestilah bersedia pada bila-bila masa.

Penggunaan "Morse Code"

international morse code

Kolonel Jose Espejo dalam perbincangan bersama pasukannya mengatakan bahawa gerila FARC ini biasanya akan memberikan kebenaran kepada tebusan untuk menggunakan radio sebagai hiburan bagi menghilangkan tekanan dan kebosanan dalam hutan. Cara berkomunikasi menggunakan radio merupakan kaedah biasa yang digunakan di Colombia ketika itu.

Terdapat satu rancangan diberi nama "Voices of Kidnapping" yang didedikasikan kepada keluarga tebusan untuk menghantar mesej kepada ahli keluarga mereka yang diculik. Daripada perbincangan ini, Ortiz kemudiannya mendapat idea untuk memasukkan mesej tersembunyi dalam iklan komersial di radio.

Diaz, Pengarah Kreatif pasukan tersebut kemudiannya mencadangkan mereka menggunakan  "Morse Code" untuk menyampaikan mesej kepada tebusan. Itu bukanlah kali pertama Morse Code digunakan kerana pada tahun 1977, kod rahsia ini juga pernah digunakan dalam krisis tebusan di dalam gerabak kereta api.

Kolonel Jose Espejo amat tertarik dengan idea ini memandangkan beliau tahu kebanyakan askar yang diculik tahu akan kod ini. Mereka memang dilatih untuk menggunakannya. Lebih menarik, anggota FARC tidak pernah tahu akan kewujudannya memandangkan mereka tidak berhbung dengan dunia luar.

Ortiz kemudiannya mencadangkan pula pengguna Morse Code ini ke dalam iklan komersial yang disiarkan di radio. Namun, ianya bukan mudah kerana bunyi kod ini bukanlah seperti tona muzik biasa. Mereka akhirnya bersetuju untuk menghasilkan sebuah lagu yang mempunyai mesej rahsia daripada Morse Code.

Ianya bukanlah tugas mudah dan mereka mengambil masa beberapa minggu untuk memastikan mesej yang cuba disampaikan boleh difahami oleh orang yang mahir menggunakan kod ini. Bagi yang ingin tahu, video ringkas dibawah menunjukkan apa itu Morse Code:

Video berikut pula merupakan lagu yang berjaya dihasilkan yang mengandungi mesej rahsia dalam  bentuk Morce Code. Mesejnya diletakkan selepas bahagian korus pada minit 1:30, 2:30 dan 3:40 selepas baris “escuchas esta mensaje, hermano” yang bermaksud "dengarlah mesej in.

Untuk memastikan lagu ini didengari, pihak tentera Colombia telah memasukkannya dalam senarai lagu yang dimainkan oleh stesyen radio milik kerajaan yang biasanya dipasang oleh anggota FARC di kem tahanan dalam hutan. Menurut tebusan yang berjaya diselamatkan, mereka memahami dengan jelas mesej rahsia yang disembunyikan dalam lagu tersebut.

Mesej tersebut berbunyi "19 LIBERADOS. SIGUEN USTEDES. ANIMO” yang bermaksud "19 orang sudah berjaya diselamatkan. Masa anda untuk diselamatkan akan tiba. Sila jangan berputus asa".

Selepas segalanya berakhir pada tahun 2011, pihak tentera bersetuju untuk memasukkan lagu "Better Days" dalam pencalonan anugerah Cannes Lions dan bernasib baik apabila menang, seterusnya membolehkan Ortiz mendapat anugerah keduanya dalam majlis penuh berprestij itu.

Kredit:

  1. The Verge
  2. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)