Proses pertumbuhan gigi manusia bermula dengan pertumbahan gigi susu pada zaman kanak-kanak. Selepas gigi susu tersebut tercabut, akan tumbuh pula gigi yang dipanggil gigi kekal. Selepas gigi kekal ini tercabut, maka tiada lagi gigi yang tinggal sehingga akhir hayat anda.
Semasa zaman kanak-kanak, kita pastinya pernah mendengar kepercayaan karut apabila kita meletakkan gigi susu yang baru tercabut di bawah bantal, ianya akan bertukar menjadi emas atau emas. Pernahkah anda terfikir apakah yang dapat dibuat dengan gigi susu anda yang telah tercabut itu?
BESARKAN TEKS A- A+
Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2003 menunjukkan gigi susu adalah sumber yang kaya dengan sel stem (stem cell) yang boleh digunakan untuk membangunkan sel-sel lain yang diperlukan oleh tubuh badan pada masa hadapan.
Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami kemalangan dan memerlukan tisu otot, maka sel stem ini boleh digunakan untuk untuk menggantikan tisu tersebut.
Walaubagaimanapun, gigi susu yang tercabut tersebut perlu disimpan dalam tempat yang selamat seperti bank sel stem bagi memastikan ianya dapat digunakan pada masa hadapan.
Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada tempat bank sel stem yang ada menyediakan tempat penyimpanan gigi susu di Malaysia.