Gambar hiasan
Seringkali berlaku di mana ibu bapa tidak memberikan maklumat yang tepat, atau berbohong kepada doktor mengenai masalah kesihatan anak-anak. Pelbagai faktor menyebabkan perkara ini berlaku termasuklah mahu cepat, malu dan takut doktor akan marah.
Dan ada juga sekumpulan ibu bapa yang merasakan diri mereka lebih bijak, dengan beranggapan ia adalah "okay" untuk berbohong kepada doktor. Anda datang ke hospital untuk mendapatkan bantuan doktor, tetapi dalam masa yang sama anda sabotaj usaha itu dengan berbohong.
BESARKAN TEKS A- A+
Dengan berbohong, anda merisikokan kesihatan dan nyawa anak anda yang mungkin menyebabkan kematian. Hak membuat keputusan itu hak anda, tetapi biar doktor beri nasihat terlebih dahulu, sebelum anda buat keputusan.
iluminasi.com ingin berkongsi 6 pembohongan terhadap doktor yang patut dihentikan ibu bapa yang dikongsikan oleh Dr. Deborah Burton.
1. "Saya beri anak saya makan ubat seperti yang diarahkan doktor..."
Jika anda tak mengikut arahan doktor, tak mengapa, benda sudah berlalu. Tetapi jangan bohong. Mengaku lebih awal yang anda hentikan daripada memberi antibiotik kepada anak anda adalah maklumat yang penting bagi doktor.
Jika doktor tahu perkara sebenar, mereka mungkin terpaksa mengulangi memberi ubatan yang sama. Namun, ia ebih baik daripada mereka sangka ubat yang mereka beri itu tidak efektif.
Dan beritahu doktor jika anda hanya beri ubat alahan kepada anak anda jika tanda-tanda menjadi teruk, yang mana sepatutnya anda berikan setiap hari seperti yang diarahkan. Ia dapat membantu doktor.
2. "Sakit ni baru je lagi..."
Jika sesuatu tanda-tanda itu berlaku setahun lalu, walaupun ia kecil, ia dikira sebagai petanda. Jangan takut untuk berterus terang yang anda tidak memberikan rawatan kepada anak anda kerana takut doktor marah.
Beritahu bila tanda-tanda kelihatan, dan bila masanya yang ia menjadi semakin teruk. Doktor tak akan menghakimi anda mengapa anda terlepas pandang, yang penting anda berikan maklumat tepat.
3. "Tanda-tanda pada anak saya kecil dan kadang-kadang saja.."
Seseorang itu tidak akan membawa anak untuk pemeriksaan jika petandanya kecil dan jarang berlaku, menurut Dr. Deborah. Beliau berkata doktor memahami bahawa ibu bapa lebih lega jika mendengar keputusan anak mereka tak perlu menjalani pembedahan.
Namun, terdapat penyakit yang tak akan sembuh dengan hanya mengambil ubat. Enggan memberikan kebenaran pembedahan terhadap anak anda adalah hak anda. Namun, anda perlu disarankan oleh doktor terlebih dahulu perlunya menjalani pembedahan, sebelum anda menolaknya.
4. "Anak saya tak minum alkohol atau merokok..."
Ini yang sangat biasa dilakukan. Doktor tugasnya untuk merawat dan untuk merawat, mereka perlu tahu maklumat tepat. Jika anda ingin menjaga air muka, atau takut untuk berterus terang, anda hanya merumitkan keadaan.
Jika anda tahu, anda perlu beritahu doktor.
5. "Kadang-kadang anak saya guna minyak homeopati..."
Jika anak anda ada menggunakan produk homeopati, anda perlu memberi tahu apakah produk tersebut. Ini kerana kedua-duanya, iaitu ubatan dan rawatan homeopati biasanya menggunakan tumbuhan yang sama.
Dan walaupun ubat-ubatan dihasilkan di makmal, struktur kimianya mungkin boleh menyebabkan interaksi dengan rawatan homeopati, dan ini perlu diketahui oleh para doktor.
6. "Tak ada masalah kesihatan dalam sejarah keluarga..."
Ini bukan perkara yang boleh diagak-agak, anda perlu semak betul-betul. Jika anak anda perlu menjalani pembedahan dan terdapat sejarah pendarahan, dan kesukaran untuk sedar selepas diberikan bius, ia teramatlah penting untuk diketahui doktor.
Anda perlu tahu, tak ada kebaikan jika anda berbohong, atau sembunyikan perkara sebenar. Ya memang anda nak cepat, dan taknak rumitkan keadaan dengan berterus terang, tetapi biar doktor beri saranan apa yang terbaik berdasarkan fakta, sebelum anda membuat pilihan.