keluarga bahagia 622

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka mendapatkan kehidupan yang terbaik. Kebanyakan ibu bapa bekerja untuk mampu membeli mainan baru untuk anak-anak, dan yang lain pula terlalu tegas kerana mahu anak-anak menjadi disiplin.

Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak, tetapi ada satu perkara yang menjadi persamaan, iaitu apabila para ibu bapa mengenang kembali ke masa lalu, mereka mahu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

iluminasi.com kongsikan 6 kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa yang membuatkan mereka berasa menyesal di kemudian hari. 

1. Tidak menikmati masa berkomunikasi dengan anak-anak

berkomunikasi dengan anak anak

Seorang kanak-kanak kecil yang membesar dengan pantas memerlukan hubungan yang berterusan dengan orang dewasa. Namun, secara tak sedar, ibu bapa juga memerlukan komunikasi ini.

Ya, mungkin anda tak punya banyak masa lapang dan tak mengapa jika seorang ibu melakukan perkara lain ketika anak-anak sedang bermain.

Tetapi, jika perkara ini menjadi kebiasaan dan tabiat, sampai satu masa, anda akan menyedari bahawa anak kecil anda sudah membesar dan mempunyai hidup sendiri. 

Adalah mustahil untuk mengulangi masa yang anda hilang, jadi cuba untuk rapat dengan anak anda bukan sahaja secara fizikal, tetapi secara fizikal dan nikmati masa bersama-sama.

2. Tidak memeluk anak-anak dengan cukup

peluk anak

(kredit: Keluarga Bahagia)

Para saintis telah membuktikan tentang betapa pentingnya pelukan untuk kesihatan, baik untuk kesihatan mahupun untuk kesihatan fizikal.

Terdapat banyak kelebihan yang jelas melalui pelukan, tetapi ibu bapa kini kadang-kala tidak melakukan perkara ini dengan alasan yang berbeza dan kebanyakannya adalah dianggap sebagai ketinggalan zaman.

Lama kelamaan, anak-anak anda akan membesar dan mungkin tidak lagi akan membiarkan anda memeluk mereka. Oleh itu, nikmati detik-detik semasa anda masih boleh memeluk mereka terutamanya ketika kecil.

3. Tidak mengambil gambar dan video dengan cukup

yusri dan keluarga 315

Sudah tentu, tidak ada keburukan yang akan berlaku jika anda tidak mengambil gambar. Ia tidak akan memberi kesan kepada keadaan mental kanak-kanak, kualiti moral atau kesihatan fizikal mereka.

Tetapi kemungkinan besar pada masa akan datang, anda akan mengingati beberapa momen yang paling berharga dalam hidup anda dan berkongsi emosi ini dengan anak-anak dewasa anda.

Ramai ibu bapa benar-benar menyesal tidak mengambil lebih banyak gambar yang mana mereka sepatutnya lakukan.

4. Terlalu tegas dengan anak-anak

terlalu tegas dengan anak anak

Memarahai anak-anak disebabkan perkara buruk yang dilakukan mereka dan mencari kesalahan mereka adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Terdapat mitos yang popular bahawa semakin tinggi jangkaan anda terhadap anak-anak, mereka akan menjadi semakin berjaya.

Namun pada hakikatnya, anda sebenarnya boleh menghasilkan kesan yang bertentangan, seperti masalah tingkah laku dan juga masalah pembangunan anak-anak.

Malah, ia juga akan menjejaskan hubungan anda dengan anak-anak. 

Hukuman yang diberikan disebabkan anak-anak mendapat markah yang teruk juga membahayakan kerana ia hanya akan mengurangkan kejayaan mereka di sekolah.

Hukum dan beri ganjaran kepada anak-anak anda hanya untuk perkara-perkara yang sangat penting. 

5. Tidak mengambil kira pendapat dan keinginan anak-anak 

tak ambil kira pendapat anak anak

"Kamu terlalu muda untuk membuat keputusan," atau "Orang dewasa lebih tahu apa yang lebih baik,". Ini adalah antara ayat-ayat yang biasanya disebutkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, jika mereka tidak bersetuju dengan pendapat anak-anak.

Menyinggung anak-anak anda bukanlah perkara yang paling buruk yang berlaku dalam hal ini. Kanak-kanak yang pendapatnya sering diabaikan mungkin membesar menjadi seorang yang sering berasa tidak selamat.

Apa yang berlaku adalah anda tidak mendengar pendapat mereka membuatkan mereka berasa tidak yakin dengan sendiri.

Ini akan menjejaskan pertumbuhan anak-anak menjadi seorang yang sukar untuk menentukan keputusan sendiri kerana anda yang sentiasa membuatkan keputusan untuk mereka. 

Biarkan anak anda memilih dan menyatakan pendapat mereka sendiri, selagi ia tidak menyalahi apa-apa. Adalah lebih baik untuk membincangkan hasrat mereka dan menjelaskan perkara kepada mereka, daripada mengabaikan dan membatasinya.

6. Ibu bapa kerap mengikut nasihat orang lain

terlalu ikut nasihat orang lain

Ada orang yang suka memberi nasihat, walaupun ia tidak sesuai dan ibu-ibu muda sering mendengar nasihat ini.

Apabila anda berjumpa dengan "pakar-pakar" ini, anda akan mendengar banyak maklumat tentang cara berpakaian, memberi makan dan mendidik anak anda dengan lebih baik.

Tetapi sebenarnya, anda adalah ibu bapa kepada anak-anak anda dan anda lebih baik tahu daripada orang lain apa yang baik untuk anak anda dan apa yang tidak.

Sudah tentu, anda boleh mendengar nasihat ini, tetapi tidak bermakna anda perlu mengikutinya.

Selain itu, anda tidak boleh membiarkan orang asing memahari anak anda kerana nakal. Anda harus sentiasa menyebelahi anak anda dan membuat mereka berasa seperti anda menyokong mereka tidak kira apa pun.

Apabila mereka memerlukan sokongan, mereka harus sentiasa boleh bergantung kepada anda. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)