kenyataan elfira loy selepas sah putus tunang

Kredit foto: Astro Awani

Selepas isu pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi, aktres Elfira Loy nyata tidak memencilkan diri.

Beliau terbit dengan kenyataan berbentuk kata-kata semangat menerusi kiriman terbaru Insta Story.

Hanya dengan kapsyen ringkas berbunyi, "Letakkan senyuman di muka dan keluarlah berhadapan dengan umum, El" menandakan betapa Elfira sanggup mengenepikan penderitaan yang dihadapi demi meneruskan kehidupan di hadapannya.

Lebih memperlihatkan selebriti berusia 24 tahun ini bersemangat menjalani hidup, beliau turut memuat naik video menu 'shell out' yang dikatakan sudah diidam sejak berada di New York, Amerika Syarikat lagi.

Terdahulu, ikatan pertunangan Elfira dan Sufian terputus secara rasmi pada Ahad lalu selepas bapanya hadir di kediaman keluarga Sufian di Muar, Johor untuk adat pemulangan cincin.

Pasangan ini bertunang pada 6 Oktober lalu dan sepatutnya merancang untuk berkahwin sekitar Mac ini.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)