Oleh pada 16 Nov 2017 kategori

benarkah cecair pencuci mampu hapuskan 99 peratus kuman

Iklan di TV selalu memasarkan produk harian yang kita guna seperti pencuci baju dan sebagainya. Anda pasti sering mendengar kenyataan ini "Pencuci ini boleh mencuci dengan bersih dan mampu menghapuskan sehingga 99.9% bakteria". Ini menimbulkan persoalan dalam minda kita kenapa pencuci ini tidak mencuci kesemua bakteria tetapi hanya 99.9%?

Pencuci ini tidak tertakluk kepada pencuci baju sahaja kerana ia juga melibatkan pencuci lantai, kereta, pinggan dan macam-macam lagi. Setiap pencuci ini mempunyai kelainannya sendiri kerana ia akan berbeza mengikut keperluan pengguna.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Membunuh 99.9% Dari Jenis Bakteria Tertentu Sahaja

label bakteria

Kebanyakkan pencuci ini sebenarnya hanya mampu membunuh beberapa jenis patogen (bakteria pembawa penyakit) sahaja. Di atas label kecil produk yang dibeli, ia akan menerangkan tentang jenis bakteria yang akan dihapuskan kerana bukan semua akan terbunuh jadi anda masih lagi terdedah dengan penyakit.

Apabila syarikat-syarikat ini membuat kenyataan "99.9% bakteria akan dibunuh", hanya sesetengah daripada bakteria akan dihapuskan. Mengikut undang-undang, syarikat ini diwajibkan untuk menyenaraikan patogen yang sudah diuji dan yang mana produk ini mampu memusnahkan secara berkesan.

Setiap Pencuci Berbeza Mengikut Jenis

pencuci baju

Ramai yang menganggap yang semua pencuci sama sahaja kerana tugas utamanya ialah untuk membersihkan baju daripada kotoran, memberi bau yang harum dan membunuh bakteria. Sebenarnya hanya dua faktor di atas sama kerana semua pencuci tidak akan membunuh bakteria yang sama.

Namun pencuci ini sebenarnya dibuat melalui formula yang berbeza kerana formula ini yang akan menentukan bakteria mana yang akan dibunuh. Selalunya kebanyakkan pencuci akan mempunyai persamaan dalam beberapa bahan seperti ammonium, natrium hipoklorit (peluntur) tetapi banyak juga bahan kimia lain yang berbeza kerana pencuci mempunyai bakteria tertentu yang akan dihapuskan.

Keberkesanan Pencuci

bakteria 932

Sabun pencuci amat penting dalam aspek-aspek tertentu kerana setiap pencuci ada pengkhususannya. Anda tidak boleh menggunakan pencuci pinggan untuk membasuh baju dan ianya sangat penting untuk menentukan keberkesanan sabun pencuci tersebut.

Disebabkan kebanyakkan pencuci diformulakan berdasarkan jenis bakteria yang ingin dihapuskan jadi ia selalu berbeza mengikut kesesuaian dan tempat yang digunakan seperti ada pencuci yang digunakan kerana ia berkesan terhadap bakteria yang menyebabkan demam dan selsema.

Ada juga pencuci yang digunakan di kawasan penyediaan makanan seperti restoran kerana pencuci ini lebih sesuai untuk membunuh bakteria yang ada di kawasan restoran. Berbeza pula dengan pencuci di tempat penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik kerana pencuci di tempat ini memerlukan tahap keberkesanan yang lebih tinggi.

Teknik Syarikat Pemasaran

Ramai juga sebenarnya yang membeli produk-produk ini kerana mendengar atau terlihat pemasaran yang mengeluarkan kenyataan "menghapuskan sehingga 99.9% bakteria". Ini adalah antara salah satu teknik pemasaran yang sangat berkesan.

Pengguna haruslah bijak dan tahu bahawasanya produk yang dijual bukan sebenar-benarnya mampu menghapuskan 99.9% kuman yang ada pada tubuh kita. Namun penggunaan cecair atau sabun pencuci ini masih sangat disarankan kerana ia mampu membunuh 99.9% bakteria atau kuman tertentu seperti yang disebutkan pada label produk itu.

sumber:

Nyco Products




Hakcipta iluminasi.com (2017)