Terbunuh ketika mendaki gunung bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia diketahui sebagai aktiviti yang berbahaya.

Dan bagi gunung tertinggi di dunia iaitu Everest, ia merupakan satu kes yang sukar memandangkan ia melibatkan tanggungjawab ekologi.

Gunung Everest digelar sebagai "pembunuh", di mana kematian di sini berlaku setiap tahun. Menurut BBC, tahun terakhir tanpa kematian di gunung ini adalah pada tahun 1977, bermakna sudah lebih 40 tahun gunung ini tidak "membunuh".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Para pendaki tahu apa yang mereka perlu hadapi, jadi siapa kita untuk mengkritik? Jika mereka mati di sana, ia di antara mereka dan gunung tersebut. 

kenapa mayat di gunung everest tak dibawa turun

Dan beratus-ratus pendaki lain yang mendaki setiap tahun terpaksa melihat dan memijak mayat-mayat ini untuk sampai ke puncak. 

Menurut Outside Online, kemungkinan terdapat kira-kira 200 mayat yang masih kekal di gunung tersebut dan semakin banyak daripadanya ditemui apabila salji cair apabila suhu tahunan meningkat.

Hakikat bahawa ahli keluarga si mati membenarkan mayat orang yang tersayang terbiar merana untuk selama-lamanya di Gunung Everest mungkin agak aneh, tetapi sebab-sebabnya agak praktikal.

proses menyelamatkan mayat di gunung everest

Sesiapa yang mati di atas kira-kira 21,000 kaki harus ditinggalkan di sana, atas alasan yang mudah bahawa ia terlalu berbahaya untuk mencuba dan mengeluarkan mayat.

Mayat-mayat membeku dengan begitu cepat di atas gunung dan ianya seringkali beku, jadi masalahnya bukan sahaja melibatkan mengangkat dan membawanya turun ke bawah.

Apabila mayat beku di pergunungan, mayat tersebut akan menjadi berat sekitar 150 kilogram.

Sesiapa yang cuba membawa sesuatu bersaiz sedemikian di altitud tinggi dan suhu di bawah sifar mungkin akan membuatkan diri mereka sendiri bertukar menjadi mayat. 

Mana-mana keluarga yang mendesak untuk menyelamatkan mayat orang tersayang mungkin membayar beratus-ratus ribu ringgit dan mungkin salah satu sebab mengapa para pendaki berkata bahawa jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, mereka lebih memilih untuk dibiarkan di Gunung Everest.

sampah di gunung everest

Sebaliknya, Everest menjadi lokasi tarikan yang menyakitkan mata bukan hanya kerana mayat-mayat yang ditinggalkan tetapi juga kerana sampah-sarap.

Terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk membuang mayat dan sampah daripada gunung ini, tetapi kesulitan logistik untuk berbuat demikian bermakna banyak mayat dan sampah terpaksa dibiarkan di sana.

Rujukan:

1. BBC

2. NY Times

3. Grunge




Hakcipta iluminasi.com (2017)