kenapa harga tiram sangat mahal 1

Hari ini, tiram merupakan satu tanda kemewahan dan kekayaan yang biasanya hanya dimakan oleh golongan berada. Tetapi jika melihat kembali 200 tahun yang lalu diberikan secara percuma di bar sebagai snek.

Jadi apa yang membuatkan harga tiram melambung tinggi dan menjadi lambang kemewahan? 

Sebenarnya, tiram telah lama wujud di dunia. Manusia mengganggarkan tiram telah wujud sekurang-kurangnya 300 juta dahulu dan telah menikmatinya untuk tempoh berabad lamanya. 

Penangkapan tiram dicipta oleh Sergius Orata, seorang jurutera Rom yang juga dikreditkan dengan penemuan pemanasan bawah tanah dan sejak penemuannya, pertanian tiram telah menjadi sebuah perniagaan yang sangat besar.

sergius orata memulakan penangkapan tiram

Walaupun tiram boleh ditemui di dalam banyak menu di restoran-restoran pada hari ini, namun popularitinya jauh lebih dahsyat sekitar 200 tahun lalu.

Jualan tiram mula berkembang sejak awal abad ke-19 dan ia dijual sebagai makanan jalanan di London, Paris, dan New York serta kekal sebagai makanan ringan yang murah dan mudah didapati bagi kebanyakan orang. 

Pada tahun 1860, bandar kecil tepi laut di Britain iaitu Whitstable sahaja telah menghasilkan 50 juta tan tiram dan dihantar ke London setiap tahun.

Menjelang tahun 1900, sebanyak 1 juta tiram di makan di New York setiap hari. Tetapi ketika populariti tiram semakin berkembang, pelbagai masalah yang timbul.

tiram dijual ditepi jalan di new york

Perindustrian dan pengorekan perairan di England membawa kepada penangkapan ikan yang berlebihan dan semakin ramai orang berpindah ke pantai, semakin banyak kumbahan yang akhirnya dibuang ke dalam air yang didiami tiram.

Tidak lama kemudian, terdapat penyakit wabak tifoid dan penyakit lain, serta banyak lokasi pembiakan tiram terpaksa ditutup.

Musim sejuk yang teruk dan penyakit baru membunuh banyak sisa-sisa tiram asli dan memberikan reputasi buruk kepada tiram yang untuk bertahun-tahun yang akan datang.

Terdapat satu lagi perkara yang mengekalkan harga tiram di paras rendah di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, iaitu buruh kanak-kanak.

buruh kanak kanak bekerja di kilang tiram

Pada awal abad ke-20, jurugambar Amerika Lewis Hine mengambil gambar ramai kanak-kanak yang bekerja di kilang tiram, termasuklah seorang kanak-kanak perempuan bernama Mary yang berusia 4 tahun bekerja memenuhkan 2 bekas tiram setiap hari. 

Ini membuatkan orang ramai marah dan cuba untuk mengubah keadaan. Manusia kemudiannya menyedari betapa pentingnya air bersih dalam proses tumbesaran tiram dan buruh kanak-kanak yang perlu dibanteras.

Dan untuk menghasilkan tiram yang selamat untuk dimakan dan dengan cara beretika bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan banyak kerja dan juga kos yang tinggi.

penternakan tiram

penternakan tiram 2

Dan kini apabila tiram diternak, alam sekitar di mana ia membesar adalah perlu diberikan perhatian. Setiap tiram memerlukan masa 2 hingga 3 tahun untuk matang dan haiwan ini bermula dengan saiz yang tersangat kecil.

Tiram kecil ditanam di tempat penetasan dan apabila ia cukup besar, tiram-tiram akan dipindahkan ke tempat terakhir ke tempat pembesaran terakhir. 

Proses yang diperlukan sangat lama dan perlu melalui beberapa fasa sebelum tiram boleh dimakan. Di syarikat Loch Fyne, setiap tiram melalui satu proses pembersihan tiram dan membuang mana-mana bakteria berbahaya.

penternakan tiram 3

penternakan tiram 4

Setiap satu daripada tiram mesti diperiksa dengan tangan dan memastikan setiap tiram dihantar hidup-hidup adalah sangat penting.

Syarikat itu menjual kira-kira 35,000 unit tiram setiap minggu dan setiap satu daripadanya disemak secara individu. 

Semua proses dan kos untuk menghasilkan tiram serta kesukaran untuk mendapatkannya membuatkan harganya melonjak naik pada hari ini.

Tiram mungkin hanya mempunyai jangka hayat 9 hari, tetapi itu tidak menghalang ia dihantar ke seluruh dunia dan populariti serta imejnya sebagai makanan mewah bererti bahawa permintaannya hanya akan semakin bertambah.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Tiger Droppings

3. Battersea Power Station



Hakcipta iluminasi.com (2017)