Ramai dalam kalangan ibu bapa di Malaysia yang masih belum jelas sepenuhnya mengenai autism. Jadi, kami di iluminasi.com telah diberikan kebenaran oleh Dr. Erna Nadia untuk menerbitkan semula posting di halaman Facebook beliau di website kami agar lebih ramai ibu bapa peka akan masalah ini.

penyakit autism

Apakah itu Autism?

Autism adalah masalah perkembangan neurologi. Ianya bukan hanya psikologi tapi melibatkan keseluruhan fungsi perkembangan otak dan menyebabkan kanak kanak membesar di dalam masalah komunikasi, kelakuan dan fungsi sosial sepanjang hayatnya.

Sebab berlakunya autism masih belum jelas. Akan tetapi, ada beberapa faktor yang boleh menyumbangkan kepada berlakunya autism iaitu:

1. Jantina

Kebiasaannya, autism terjadi kepada kanak kanak lelaki.

2. Genetik

3. Masalah kesihatan sejak dalam kandungan

Down syndrome , neurofibromatosis, cerebral palsy, tourette syndrome yada yada yada.

4. Masalah yang pengambilan alkohol, merokok dan ubatan yang merapu sewaktu mengandung.

5. Kelahiran pramatang

Terutamanya bayi yang lahir kurang dari 26 minggu.

Ada yang mengatakan vaksin MMR menyebabkan berlakunya autism. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Jangan bercakap tentang AEFI jika anda tak faham apa itu vaksin dan AEFI.

Bilakah autism akan dikesan?

Setiap kali temujanji di klinik, biasanya nurse atau doktor boleh melihat sesuatu yang tidak kena kepada kanak kanak tersebut. Sebab itu jangan menipu sewaktu ditanya tentang perkembangan dan kelakuan anak anak.

Dan tolong tolong tolong jangan lah tidak datang temujanji yang diberi.

Doktor akan melakukan ujian M-CHAT kepada kanak kanak yang berusia 18 bulan dan akan diperiksa semula pada usia 24 bulan jika kanak kanak tersebut lulus ujian tersebut sebelumnya.

Apakah M-CHAT dan kenapa ianya sangat penting kepada kanak kanak ?

M-CHAT adalah singkatan kepada Modified Checklist for Autism in Toddlers (M-CHAT) . Ianya penting untuk melihat jika ada kepelikan kepada perkembangan kanak kanak.

Ada 23 jenis soalan yang akan ditanya dan ibu bapa wajib menjawabnya dengam jujur. Jangan main-main dengan kesihatan anak anda. Salah diagnos, nanti yang bermasalah adalah anda dan diingatkan sekali lagi autism melibatkan seumur hidup mereka.

Apakah soalan yang akan ditanya?

kanak kanak autisme

1. Adakah anak anda seronok apabila ditimang, dibuai atau dihenjut atas kaki / paha dan sebagainya?

Does your child enjoy being swung, bounced on your knee, etc?

2. Adakah anak anda menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain? (contohnya bergaul, bermain, berkawan)

Does your child take an interest in other children?

3. Adakah anak anda suka memanjat, contohnya tangga, kerusi, meja dan lain-lain?

Does your child like climbing on things, such as up stairs?

4. Adakah anak anda seronok bermain “cak-cak” atau main sorok-sorok?

Does your child enjoy playing peek-a-boo or hide and seek?

5. Adakah anak anda pernah bermain-main olok-olok / berlakon, contohnya menelefon, bermain anak patung atau bermain masak-masak dan sebagainya?

Does your child ever pretend for example to talk on the phone or take care of dolls or pretend other things?

6. Adakah anak anda pernah menunjuk menggunakan jari telunjuk untuk meminta sesuatu?

Does your child ever use his / her index nger to point, to ask for something?

7. Adakah anak anda pernah menunjuk / menggunakan jari telunjuk terhadap sesuatu yang menarik minatnya?

Does your child ever use his / her index nger to point, to indicate interest in something?

8. Bolehkah anak anda bermain dengan alat permainan yang kecil dengan betul, selain dari memasukkannya ke dalam mulut, membelek-belek atau menjatuhkan permainan itu? (contohnya kiub, kereta kecil, dan lain-lain)

Can your child play properly with small toys without just mouthing, ddling or dropping them?

9. Pernahkah anak anda membawa objek / benda dan menunjukannya kepada anda?

Does your child ever bring objects over to you (parent) to show you something?

10. Adakah anak anda bertentang mata dengan anda lebih daripada dua saat?

Does your child look you in the eye for more than a second or two?

11. Pernahkah anak anda kelihatan seperti tersangat sensitif / terganggu terhadap bunyi bising (contohnya: menutup telinga)?

Does your child ever seem oversensitive to noise? (e.g. plugging ears)

12. Adakah anak anda senyum bila melihat anda atau membalas senyuman anda?

Does your child smile in response to your face or your smile?

13. Adakah anak anda meniru perlakuan anda (contohnya meniru mimik muka anda dan sebagainya)?

Does your child imitate you? (e.g. if you make a face will your child imitate it?)

14. Adakah anak anda bertindak balas apabila namanya dipanggil?

Does your child respond to his / her name when you call?

15. Sekiranya anda menunjuk pada alat permainan yang jauh dari anda, adakah anak anda akan melihat kepada alat permainan tersebut?

If you point at a toy across the room, does your child look at it?

16. Bolehkah anak anda berjalan?

Does your child walk?

17. Adakah anak anda akan melihat pada benda yang sedang anda lihat?

Does your child look at things you are looking at?

18. Adakah anak anda membuat pergerakan jari yang ganjil / pelik dekat mukanya?

Does your child make unusual nger movements near his / her face?

19. Adakah anak anda cuba menarik perhatian anda terhadap aktiviti yang dilakukannya?

Does your child try to attract your attention to his / her own activity?

20. Pernahkah anda terfikir bahawa anak anda ada masalah pendengaran?

Have you ever wondered if your child is deaf?

21. Adakah anak anda dapat memahami percakapan orang?

Does your child understand what people say?

22. Adakah anak anda kadang-kala kelihatan temenung atau merayau / berjalan tanpa tujuan?

Does your child sometimes stare at nothing or wander with no purpose?

23. Adakah anak anda memandang ke muka anda untuk melihat reaksi / tindakabalas anda apabila ia menghadapi sesuatu yang baru atau luar biasa?

Does your child look at your face to check your reaction when faced with something unfamiliar?

SOALAN NO 2, 7, 9, 13, 14, 15 ADALAH PENTING DAN KRITIKAL

Anak anda perlukan rawatan susulan jika:

  • 2 atau lebih soalan kritikal adalah ya
  • 3 atau lebih soalan lain adalah ya

Bukanlah bila kita kata anak anda perlukan rawatan susulan maka anak anda adalah autism. Banyak pemeriksaan lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kita meletakkan sesuatu diagnosis terakhir untuk seseorang.

Pemeriksaan telinga adalah yang terawal yang akam dilakukan kerana sesetengah ibu bapa tidak perasan anak mereka ada masalan pendengaran. Bila mereka panggil dua tiga kali, anak tidak menoleh atau mereka perlu tinggikan sedikit nada suara untuk memanggil, mereka ingat anak mereka tidak faham tapi rupanya anak mereka tidak dengar.

Banyak rawatan yang perlu dilakukan jika anak anda didiagnos sebagai autism. Ianya melibatkan pelbagai disiplin seperti psychosocial, occupational therapy dan mungkin setengahnya memerlukan ubat.

Autism tidak boleh disembuhkan tapi kanak kanak tersebut boleh dididik. Ibu bapa juga perlu belajar bagaimana cara melayan dan cara bercakap dengan anak mereka yang autism.

Jangan mengeluh. Ingat, anak anak autism adalah anak anak syurga.

Anda sebagai ibu bapa sepatutnya bersyukur kerana sudah ada seorang dari darah daging anda ke syurga dan boleh mendoakan untuk anda. Kerana kita yang sempurna perkembangan otak ini belum pasti syurga atau neraka tempatnya.

Jangan mengejek atau mencemuh. Ianya seolah kita mengutuk ciptaan Allah SWT. Siapa kita untuk mengeji Sang Pencipta?

Nyawa kita pun Dia yang bagi. Jadi, ingat ya ibu bapa. Jangan sengaja tak datang temujanji dan jangan malas belajar tentang penjagaan kanak kanak.

Nota kaki: kerana anak itu adalah amanah Allah yang paling berharga/

Dr. Erna Nadia (post asal)


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)