Kredit foto: Mstar
Penyanyi Anuar Zain yang berhadapan masalah kehilangan suara tahun lalu, akhirnya kembali ke persada seni untuk menghiburkan peminat.
Susulan itu, Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 45, berharap tiada lagi peminat yang bimbangkan keadaannya kerana kesihatannya sudah semakin baik.
"Saya mengaku sebelum ini saya trauma untuk menyanyi dalam konsert besar. Ini berpunca masalah kehilangan suara sehingga saya menolak menjayakan tiga acara termasuk di Singapura.
"Selepas mendapatkan rawatan, suara saya sudah pulih sepenuhnya dan mampu membawa lagu mengikut kemampuan sendiri.
"Doktor pun tidak melarang saya menyanyi dengan nada tinggi," katanya.
Anuar membuat kenyataan di sidang media Konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kredit foto: Instagram Anuar Zain
Anjuran Kharisma Entertainment, peminat berpeluang melihat kemunculan semula Anuar dalam konsert yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 24 April depan.
Difahamkan, ia merupakan konsert berskala besar beliau untuk tahun ini yang akan disusuli dengan beberapa yang lain.
Sebelum ini, Anuar berdepan tekanan kerana suaranya 'hilang' sewaktu dalam persediaan Konsert Yonder Music Live Series By The Lake : Anuar Zain & You yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari 2017.
Sumber berita: BH Online