Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

kantoi like video lucah ini jawab ahmad idham 751

Kredit foto: The Malay Mail Online & Mstar

Sutradara Ahmad Idham tenang ketika diterjah dengan dakwaan yang mengatakan dia menonton video lucah di media sosial.

Jelas pengarah berusia 43 tahun itu, hal tersebut tidak mustahil memandangkan kehidupan masa kini yang menuntut penggunaan laman sosial secara meluas.

Beliau turut mengakui ada berbuat demikian tetapi bukanlah secara sengaja, sebaliknya atas kiriman pautan daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita. Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak... rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh.
Sumber: Mstar

Idham membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog hiburan yang mendedahkan aktivitinya menekan tanda "like" pada sebuah video lucah di laman Twitter.

kantoi like video lucah ini jawab ahmad idham 2 597

Kredit foto: Mstar

Dalam pada itu, pengarah filem itu berkata, kemungkinan juga wujud unsur penganiayaan daripada pihak tertentu yang ingin menjatuhkannya dengan cara menggodam akaun Twitter.

Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita. Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja.
Sumber: Mstar

Tambah Idham, orang ramai sewajarnya mengabaikan isu remeh yang tidak mendatangkan manfaat.


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)