Oleh pada 01 Apr 2017 kategori

Kebiasaannya, kanak-kanak yang sedang membesar, tinggal bersama ibu dan bapa, diberikan kasih sayang yang secukupnya, dibelikan mainan, dibawa keluar bermain di taman permainan, serta dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Tetapi, tidak bagi kanak-kanak cekal ini. Ketika kanak-kanak berumur 5 tahun yang lain pergi ke sekolah atau bermain di luar, si kecil yang bernama Anna Wang dari China ini sedang menguruskan dan menjaga nenek dan moyangnya. Dia merupakan penjaga tunggal bagi kedua-dua warga emas ini, tugas yang perlu digalasnya yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana kanak-kanak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5 year old girl takes care grandma anna 018 185

Kisah sedih ini bermula apabila bapanya telah ditangkap serta dipenjarakan atas sebab yang tidak diketahui ketika Anna hanya berusia 3 bulan. Selepas beberapa ketika bapanya dipenjarakan, ibu kanak-kanak malang ini pula berkahwin lain, dan meninggalkannya seorang diri. Anna dijaga dan dibesarkan oleh nenek dan moyangnya pada permulaannya. Namun watak mereka berubah. Neneknya yang menghidap penyakit radang sendi, mula menjadi tidak sihat serta tidak berupaya menguruskan diri, apatah lagi untuk menjaga Anna dan ibunya yang uzur dan berusia 92 tahun.

5 year old girl takes care grandma anna 025 407

Mereka tinggal di kawasan pergunungan Zuyin, barat daya China. Tidak mempunyai pilihan lain, Anna terpaksa membantu urusan harian yang sebelum ini dilakukan neneknya, untuk meneruskan hidup. Walaupun ia sangat menakutkan, kanak-kanak ini mempunyai tugas baru. Belajar dan bermain seperti kanak-kanak lain bukan lagi pilihan baginya, satu situasi yang tidak dapat kita bayangkan yang perlu dilalui oleh kanak-kanak berumur 5 tahun. Dia boleh "berterima kasih" kepada ibunya kerana menjadikan zaman kanak-kanaknya hancur, namun Anna tidak ada banyak masa untuk mengenang nasib, kerana kewajipannya sedang menunggu.

5 year old girl takes care grandma anna 04

5 year old girl takes care grandma anna 02

5 year old girl takes care grandma anna 022

Disebabkan neneknya yang sakit dan moyangnya yang terlantar di atas tilam, kanak-kanak ini terpaksa bangun seawal pagi untuk menjalankan tugasnya, dan tidak mempunyai ahli keluarga yang lain membantu. Dengan hanya berumur 5 tahun, Anna sudah pandai mencari dan menyediakan makanan, dan menyuapkan ke mulut mereka setiap hari, ketika mana kanak-kanak yang lain seronok bermain. Tugas seperti memasak adalah sesuatu yang mencabar, kerana dengan tubuhnya yang rendah dan kecil, dia tidak mampu untuk mencapai, kerana dapur yang agak tinggi. Untuk memasak, Anna perlu memanjat dan berdiri di atas kerusi terlebih dahulu.

5 year old girl takes care grandma anna 08 359

Untuk mendapatkan makanan di kawasan rumah mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, masih ada manusia yang berhati mulia yang sanggup membantu. Melihatkan situasi yang menyentuh hati ini, jiran mereka yang murah hati mengizinkan Anna untuk memetik sayur-sayuran dari kebun mereka untuk dijadikan juadah setiap hari bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biasanya Anna akan menggalas bakul dibelakangnya dan memetik sayur-sayuran. Berjalan mencari makanan bukan lah sesuatu yang mudah bagi si kecil ini, namun ia penting bagi keluarga ini untuk meneruskan kehidupan. Dia tidak mengeluh, dan berterima kasih kepada jirannya atas bantuan tersebut.

5 year old girl takes care grandma anna 019 990

Selain itu, Anna juga membuat kerja-kerja rumah yang lain seperti mengemas rumah, menyapu sampah, memandikan nenek dan moyangnya, serta menolong mereka jika ingin ke tandas.

5 year old girl takes care grandma anna 06

Dia dilaporkan memberitahu media China bahawa dia melakukan ini kerana dia sendiri yang mahu berbuat begitu, dan mendoakan kesihatan yang baik kepada keluarganya. 

"Saya hanya mahukan nenek dan moyang saya sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat"

- Anna Wang

5 year old girl takes care grandma anna 016

Apa yang tinggal pada Anna hanyalah sekeping gambar ayahnya. Si kecil ini tidak memahami mengapa mereka mengambil ayahnya daripada Anna. Tiada kanak-kanak yang harus menjalani kehidupan sepertinya.  Walaupun berhati cekal, namun terpancar pada wajahnya yang meratapi kehidupannya sekarang dan mengimpikan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

5 year old girl takes care grandma anna 017

5 year old girl takes care grandma anna 07

Diterjemah dari : Shanghaiist




Hakcipta iluminasi.com (2017)