Oleh pada 09 Sep 2019 kategori

siti nurhaliza syafinaz selamat

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza & Instagram Astro Gempak

    

Pemarkahan yang diberikan Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap peserta Dinda Permata dalam konsert ketiga Big Stage 2019 minggu lalu, mengundang ketidakpuasan hati di kalangan segelintir pihak yang beranggapan penyanyi lagu Anta Permana itu bersikap 'pilih kasih' terhadap sesetengah peserta.

Dinda Permata yang dikatakan lupa lirik sewaktu mempersembahkan lagu Terlalu Memuja dendangan asal Wany Hasrita, menerima markah rendah daripada juri jemputan Ajai iaitu sebanyak 31 peratus, berbanding Siti yang memberikan 80 peratus, manakala Cakra Khan pula 75 peratus.

Menjawab isu itu, Siti tampil memberi penjelasan kepada portal Mstar.

Ulas Siti, "Kalau Syafinaz atau Ajai nak menjurikan mengikut cara mereka, itu terpulang.

“Cuma ada tahap yang markah kita berikan tidak terlalu downgrade mereka kerana markah itu kan semangat mereka untuk perform... minggu lepas mereka persoal markah yang saya beri pada Dinda kerana lupa lirik.

“Tapi sebenarnya dia bukan lupa lirik tetapi terlalu beremosi sampai tak boleh nak nyanyi. Tetapi dari segi emosi dia membawakan lagu itu adalah sangat bagus.

“Beberapa minggu sahaja lagi yang tinggal. Saya harap peserta tidak mensia-siakan peluang yang ada.

“Saya harap selepas ini mereka all out. Setakat ini saya ada kurang daripada lima nama yang saya rasa mampu untuk melayakkan diri hingga ke final".

    

siti nurhaliza big stage 2019

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

    

Konsert Big Stage 2019 minggu keempat menyaksikan Fieya Julia hampir tersingkir selepas mendendangkan lagu Haram bersama penyanyi jemputan, Sufian Suhaimi.

Bagaimanapun penyanyi lagu Perasaanku itu diselamatkan Siti yang bertindak menggunakan kuasa imuniti.

    

Sumber berita: “Tidak mahu beri markah terlalu rendah, itu semangat mereka untuk perform” - Siti Nurhaliza ulas dakwaan pilih kasih di Big Stage 2019

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)