Oleh pada 15 Apr 2018 kategori

Ia adalah situasi biasa apabila gaya hidup ahli politik adalah jauh berbeza daripada mereka yang melantik mereka, iaitu rakyat. Namun, ia tidak begitu di Uruguay. Di negara ini satu ketika dulu, perdana menterinya tinggal di rumah ladang yang usang dan mendermakan sebahagian besar daripada gajinya.

José Alberto "Pepe" Mujica Cordano, merupakan seorang ahli politik yang juga berkhidmat sebagai Presiden Uruguay ke-40 dari 2010 hingga 2015. Sebelum itu, Jose berkhidmat sebagai Menteri Ternakan, Pertanian dan Perikanan dari tahun 2005 hingga 2008.

BESARKAN TEKS     A-  A+

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 8

Melihatkan rumah yang didiami beliau, pasti anda tak menyangkakan ia adalah rumah seorang presiden negara. Kediaman Jose tersangat berbeza dengan kediaman majoriti ketua negara-negara yang lain.

Beliau membuat keputusan untuk tidak tinggal di rumah mewah yang disediakan untuk pemimpin tertinggi ini, dan memilih untuk tinggal di rumah ladang milik isterinya di luar bandar ibu negara Uruguay, Montevideo.  

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 5

Tempat mencuci baju terletak di luar dan sumber air datang daripada telaga di belakang rumah. Hanya terdapat 2 orang polis dan seekor anjing cacat, Manuela, menjadi pengawal di kediamannya.

Jose dikatakan berjiwa rakyat dan sangat merendah diri kerana beliau datang daripada keluarga yang susah di mana bapanya bankrap dan ibunya sangat miskin ketika beliau kecil.

iluminasi.com ingin kongsikan 15 fakta menakjubkan mengenai Jose Mujica, presiden paling sempoi di dunia.

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 2

1. Beliau dikatakan sebagai pemimpin paling rendah diri dalam dunia moden. Ketika beliau bersara dari politik pada tahun 2015, BBC menggelarkannya sebagai "Presiden paling miskin di dunia"

2. Ketika bergelar Presiden Uruguay, Jose mendermakan 90% daripada gajinya setiap bulan berjumlah RM46,560 untuk tujuan amal. Jose berkata beliau mempunyai cara hidup yang tidak perlu diubah semata-mata hanya kerana beliau seorang presiden. 

"Saya memperoleh pendapatan yang lebih daripada yang saya perlukan, walaupun ia tidak mencukupi bagi sesetengah orang. Bagi saya, ia bukan pengorbanan, tetapi tanggungjawab," jelas Jose

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 10

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 01

3. Beliau tinggal di rumah ladang milik isterinya yang hanya mempunyai 1 bilik. Dan ketika mana pemimpin-pemimpin tertinggi negara lain selesa menaiki kereta mewah milik kerajaan, namun Jose bergerak ke mana-mana menggunakan kereta Volkswagen 1987 miliknya.

Malah, Jose pernah ditawarkan RM3.9 juta untuk membeli keretanya oleh harwatan Arab, namun beliau tidak menjualnya kerana dilihatkan tidak penting.

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 9

4. Beliau sangat fokus dalam mengagihkan semula kekayaan negaranyaa. Ketika berkhidmat sebagai pemimpin tertinggi, Jose telah mengurangkan kadar kemiskinan daripada 37% kepada 11%.

Menurut Jose, para peniaga hanya mahu meningkatkan keuntungan mereka, jadi ia terpulang kepada kerajaan untuk memastikan pengagihan keuntungan dengan secukupnya supaya pekerja mempunyai wang untuk membeli barangan yang mereka hasilkan.

5. Jose menjadikan ekonomi Uruguay semakin baik. Ketika mana negara jiran seperti Argentina dan Brazil mengalami kejatuhan, rakyat Uruguay menikmati peningkatan gaji dan kadar pengangguran yang sangat rendah dalam sejarah.

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 4

6. Pernah tak anda ditumpangkan kereta oleh seorang presiden atau perdana menteri? Bukan sahaja perdana menteri, malah nak ditumpangkan oleh orang biasa pun susah.

Namun, ia berbeza bagi Jose. Ketika Gerhald Acosta sedang berjalan dari rumahnya ke tempat kerja, beliau telah ditumpangkan oleh presiden Uruguay dan isterinya.

7. Presiden Uruguay ini mempunyai pendekatan sebagai pemimpin tertinggi negara yang sangat berbeza dengan rakan sejawat yang lain. Menurut Jose, sebaik sahaja seorang ahli politik diangkat, mereka seolah-olah menjadi seperti raja.

"Saya tak tahu bagaimana ia berfungsi, tetapi saya tahu bahawa anda dilantik menjadi pemimpin untuk memastikan tiada siapa pun yang lebih daripada orang lain. Anda perlukan sebuah istana, karpet merah dan orang di belakang anda berkata "Ya, tuan". Bagi saya, semua ini sangat menyedihkan," luah Jose.

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 11

8. Beliau menyediakan pendidikan percuma dan komputer kepada setiap pelajar sekolah di Uruguay.

9. Jose menghalalkan ganja di Uruguay. Menurutnya, kira-kira 150,000 orang di Uruguay menghisap ganja, dan beliau tak boleh melayan mereka seperti penyeludup dadah. Malah, beliau beranggapan bahawa ia lebih mudah untuk mengawal ganja jika ia dihalalkan.

"Pengambilan ganja bukan perkara yang paling membimbangkan, tetapi masalah sebenar adalah pengedaran dadah," jelas Jose.

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 13

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 6

10. Jose sangat bencikan peperangan. Menurutnya, rundingan paling buruk adalah lebih baik daripada perang yang paling baik.

11. Seperti mana-mana rakyat biasa, Jose akan menunggu giliran apabila mengunjungi hospital awam.

12. Bekas presiden ini dan isterinya mengusahakan ladang mereka sendiri dengan menanam bunga.

13. Jose tidak gentar untuk menegur dan berhadapan dengan penyalahgunaan korporat, sebagaimana dibuktikan oleh perjuangan epik pemerintahnya melancarkan perag terhadap gergasi tembakau Amerika, Philip Morris.

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 00

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 7 57

14. Beliau mungkin antara salah seorang ahli politik yang paling jujur dalam dunia, yang kini semakin pupus.

15. Ketika ditanya mengenai gaya hidupnya, Jose dengan ringkasnya menjawab:

"Saya tak miskin. Orang yang miskin bukannya orang yang memiliki harta yang sedikit, tetapi mereka yang hanya bekerja untuk mengekalkan gaya hidup mewah dan memerlukan lebih banyak perkara dalam hidup.

Saya tak hidup dalam kemiskinan, tetapi saya hidup dalam kesederhanaan. Terdapat sedikit perkara sahaja yang saya perlukan untuk hidup,".

16. Ketika meninggalkan jawatannya, BBC menggelarkannya sebagai seorang presiden yang membangunkan Uruguay dengan cara yang mana mana-mana negara Amerika Latin hanya boleh bermimpi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)