Oleh pada 19 Jan 2018 kategori

Sumber foto: CRI Online

Jantina anak panda yang baru dilahirkan di Zoo Negara Sabtu lalu masih tidak dapat dikenalpasti kerana sifat ibu panda gergasi yang sangat mengawasi anaknya itu.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pakar zoologi bagaimanapun membuktikan kesihatan anak panda tersebut dan pemeriksaan lebih rapi hanya boleh dibuat selepas tempoh fasa menyusu beberapa bulan ini.

Beliau memberitahu, pakar zoologi membuat yang terbaik dalam memberikan persekitaran amat selesa untuk pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang di Pusat Konservasi Panda di Zoo Negara. Oleh sebab itu, pasangan tersebut mempunyai anak kedua dalam jangka masa yang cukup pendek setelah kelahiran anak sulung mereka.

"Ia kejayaan yang luar biasa. Saya difahamkan China menghantar 12 pasangan panda gergasi ke pelbagai negara di seluruh dunia, tapi Malaysia satu-satunya negara yang berjaya membuatkan panda gergasi melahirkan anak sebanyak dua kali dalam tempoh yang cukup singkat," ujarnya.

Tambah Wan Junaidi, juga menggalas tanggungjawab sebagai Anggota Parlimen Santubong, meskipun ibu panda tersebut boleh dihampiri dan dipegang oleh pakar yang memeliharanya, namun ia masih tidak mengizinkan anaknya untuk disentuh oleh mana-mana individu.

Pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang sampai di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai tanda jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China.

Anak sulung pasangan panda tersebut bernama Nuan Nuan dilahirkan pada 18 Ogos 2015. Namun, ia dibawa kembali ke China pada 14 November lepas untuk menepati syarat perjanjian antara kedua-dua negara.

Sumber: BernamaKosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)