Oleh pada 20 Feb 2017 kategori

Adakah anda tahu terdapat lebih 46,000 saman telah dikeluarkan tahun lepas kepada pemandu yang bermain telefon bimbit sambil memandu? Kini kerajaan sedang mengkaji semula hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah kerana hukuman yang dikenakan sekarang dikatakan 'terlalu ringan.'

Ramai pemandu memandang remeh kerana hanya dikenakan denda RM300 sekiranya didapati memandu sambil menggunakan telefon bimbit. Namun, hakikatnya banyak nyawa telah melayang dan kemalangan berlaku disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iklan bmw jangan main telefon semasa memandu

mati sebelum dapat habiskan teks mesej 237

Negara-negara lain di seluruh dunia sudah banyak membuat kempen 'Don't Text and Drive' untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat betapa bahayanya perbuatan memandu sambil memegang telefon bimbit. Iklan-iklan kereta juga sering memaparkan isu yang sama.

Terbaru, kerajaan New Zealand mengambil pendekatan baru dengan menyelitkan unsur humor dan komedi melalui kempen "Put Me First". 

Gelak, gelak jugak. Harap lepas tengok video ni semua orang boleh praktikkan benda yang samalah, ya? Simpan telefon di dalam but kereta kalau taknak tangan dipegang manja.

Jangan terganggu semasa memandu!




Hakcipta iluminasi.com (2017)