laluan dan lorong yang sangat sempit 3ce73

Kita gemar jalan-jalan di tempat yang lapang namun pembinaan zaman dahulu yang masih kekal sehingga sekarang, masih ada yang mengekalkan binaan asal. Tahukah anda, wujud beberapa lorong-lorong sempit, yang hanya mempunyai kelebaran beberapa belas inci yang masih lagi kekal digunakan sehingga sekarang?

Berikut adalah 5 lorong paling sempit di dunia yang masih lagi aktif penggunaannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Quanshi Hutong

lorong pejalan kaki paling sempit di dunia 5

Terletak di Beijing, lorong ini pada bahagian paling sempit hanya mempunyai kelebaran sebanyak 40 cm. Dipenuhi dengan bekas-bekas pusat pertukaran wang satu masa dahulu semasa zaman DInasti Qing, lorong sepanjang 54 meter ini dulu menjadi tempat bank-bank dibuka, namun kini hanya menjadi laluan penduduk setempat lalu lalang.

2. Strada Sforii

lorong pejalan kaki paling sempit di dunia 3

Strada Sforii di bandar Brasov, Romania, mempunyai maksud 'string street' atau jalan berupa benang. Pada mulanya digunakan sebagai koridor untuk laluan pasukan penyelamat kecemasan, kelebaran Strada Storii sepanjang 111 cm kini digunakan sebagai tarikan pelancong ke Brasov.

3. Fan Tan Alley

lorong sempit di dunia

Pada zaman dahulu, Fan Tan Alley yang terletak di Chinatown di daerah Victoria, Kanada merupakan pusat perjudian terkenal. Kini Fan Tan Alley adalah lorong mempamerkan budaya masyarakat Cina dan diiktiraf sebagai lorong paling sempit di Kanada dengan kadar kelebaran paling sempit, hanya sebesar 90 cm.

4. Parliament Street

parliament street lorong sempit di dunia

Mempunyai panjang 48 meter, Parliament Street yang terletak di Devon, England merupakan lorong yang menghubungkan dua jalan iaitu High Street dan Waterbeer Street. Dipanggil Small Lane sebelum ditukar kepada Parliament Street pada 1832, Parliament Street mempunyai kelebaran 64 cm minima dan 122 cm maksima.

5. Spreuerhofstraße

lorong pejalan kaki paling sempit di dunia 2

Kami tak pasti bagaimana hendak menyebut namanya. Spreuerhofstraße merupakan lorong paling sempit di dunia. Terletak di bandar Reutlingen di Jerman, Spreuerhofstraße dibina pada tahun 1727 selepas bandar tersebut musnah dalam kebakaran. Spreuerhofstraße mempunyai kelebaran 31 cm pada bahagian paling sempit.

6. Vinarna Certovka

lorong pejalan kaki paling sempit

Vinarna Certovka terletak di bandar Prague, mungkin bukan lorong paling sempit di dunia, tetapi ia adalah satu-satunya antara lorong paling sempit yang mempunyai lampu isyarat sendiri. Dengan hanya kelebaran mencecah 49 cm pada bahagian paling sempit, mustahil dua orang mampu melaluinya dalam satu masa yang sama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)