Oleh pada 26 Mar 2018 kategori

Kredit foto: The Malay Mail Online

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengusulkan nama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menggantikan peranannya sebagai Presiden FAM yang baru.

TMJ memandang perkhidmatan Hamidin bersama badan induk bola sepak negara dalam tempoh yang panjang sebagai satu kelebihan untuk beliau menduduki kerusi 'panas' tersebut.

Bahkan, TMJ menganggap Hamidin selaku presiden FAM akan memudahkan kerjasama FAM dan Malaysian Football League (MFL) dalam usaha mengembalikan martabat dan kegemilangan bola sepak tempatan di masa hadapan.

Ia susulan hubungan antara Hamidin dan TMJ yang disifatkan rapat.

inilah presiden fam baru pilihan tunku ismail 2

Kredit foto: Mstar

"Pada pendapat saya, calon paling layak untuk menerajui FAM selepas ini adalah Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang telah sekian lama berkhidmat untuk bola sepak tanah air.

"Jika kita lihat FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) juga, presiden-presiden juga datang dari kalangan Setiausaha Agung kerana mereka amat memahami sistem pentadbiran bola sepak.

“Saya juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan beliau (Hamidin) dan ini akan memudahkan lagi kerjasama di antara FAM dan Malaysian Football League (MFL)," titahnya kepada Bernama seperti dilaporkan portal Mstar.

Antara lain, Tunku Ismail bertitah, sekiranya Hamidin diangkat oleh anggota gabungan sebagai presiden baru, beliau berani memberi jaminan pendapatan FAM akan terjamin.

Sehubungan itu, Tunku Ismail mengharapkan sokongan penuh daripada ahli gabungan dalam merealisasikan saranannya.

"Jika beliau (Hamidin) dipilih sebagai presiden oleh ahli gabungan, saya akan memberi sokongan penuh kepada beliau dan memastikan pendapatan FAM terjamin. Saya berharap semua ahli gabungan akan menyokong beliau sebagai Presiden FAM," titahnya.

Sementara itu, Tunku Ismail turut mencadangkan jawatan Pemangku Presiden diberikan kepada Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusof Mahadi sehingga kongres ke-64 FAM yang akan diadakan pada Julai ini. -Bernama




Hakcipta iluminasi.com (2017)