Oleh pada 19 Jul 2017 kategori

bank

Sistem yang digunakan oleh bank di seluruh dunia pada hari ini ialah menggunakan "Fractional Reserve System" (FRS), iaitu sistem perbankan di mana hanya sebahagian kecil sahaja daripada deposit bank (wang dalam bank) disokong oleh wang tunai sebenar dan sedia untuk dikeluarkan. Ini lah sistem yang digunakan bank di seluruh dunia mencipta duit.

malaysia ringgit

Untuk memudahkan pemahaman, jika semua rakyat Malaysia mengeluarkan duit dari bank secara serentak, pihak bank tak akan dapat memberikan kesemua jumlah yang ingin dikeluarkan.

bretton woods

Bermula tahun 1971 (sistem Bretton Woods), wang yang kita ada bukanlah lagi disandarkan dengan "simpanan emas - gold standard, malah, tak kiralah wang kita itu fizikal atau wang elektronik, tidak lagi disandarkan dengan apa-apa. Inilah apa yang dipanggil sebagai wang fiat, iaitu wang yang dihasilkan oleh persetejuan antara kuasa-kuasa tertentu. Dan kesan buruk yang oleh sistem ini adalah, semakin banyak wang dihasilkan, maka semakin susutlah nilai wang itu.

Nilai duit berkait dengan inflasi

inflasi

Peningkatan inflasi berkait dengan kejatuhan nilai wang, dan ia berkadaran secara langsung. Maksudnya, semakin tinggi inflasi, maka semakin naik harga barang dan servis. Ia akan memberikan kesan kepada orang ramai yang menjadikan semakin miskin dan terus miskin. Untuk kita melawan atau menghapuskan sistem ini, kita harus tahu bagaimana wang dicipta.

Apa yang bakal diterangkan ini tidak ada di sekolah mahupun universiti, malah orang-orang berpangkat di dalam bank pun kebanyakkan tidak mengetahui akan sistem ini.

Cara penciptaan wang menggunakan FRS

Untuk memudahkan penyampaian dan pemahaman, bayangkan di dalam Malaysia hanya mempunyai satu bank sahaja. Dan penerangan dibawah perlu diikuti mengikut rajah di bawah.

buat duit guna frs

(1). Kay mempunyai RM5000 daripada keuntungan bisnes dan berhajat menyimpan wang tersebut ke dalam bank. Setelah wang disimpan, tercatat di buku bank beliau deposit sebanyak RM5000. Dengan sistem FRS ini, pihak bank akan menyimpan RM500 (10%) daripada duit Kay di dalam bank, dan menggunakan bakinya RM4500 (90%) untuk diberi pinjam kepada orang lain yang ingin meminjam dan memerlukan.

(2), (3) & (4). Rozi ingin membuat pinjaman dari bank sebanyak RM4500, dan diluluskan. Selepas diluluskan, pihak bank akan memasukkan wang tersebut secara elektronik ke dalam akaun bank Rossa. Jadi, di dalam penyata akaun Rossa akan tercatat deposit sebanyak RM4500. Dan menggunakan sistem FRS juga, sebanyak 10% (RM450) wang tersebut akan disimpan di dalam bank manakala baki 90% (RM4050) lagi digunakan untuk diberi pinjam kepada mereka yang lain.

(5), (6) & (7). Proses ini berulang-ulang, dimana ia berlaku kepada Bart dan juga Nawi. Ia sehinggalah (8) pihak bank tidak lagi memberikan pinjaman kepada mana-mana pihak. (Pendekkan cerita).

(9). Lihat pada kotak hitam (rizab bank), di mana pihak bank hanya mempunyai wang sebanyak RM5000 (RM500 + RM450 + RM405 + RM3645) yang mana telah dimasukkan oleh Kay pada mulanya. Namun, jika anda mengira jumlah wang yang ada pada penyata akaun bank peminjam-peminjam termasuk Kay, jumlahnye melebihi RM5000, iaitu RM17,195. Dengan ini, bank telah mencipta keuntungan daripada nilai RM5,000 kepada RM17,195 (untung RM12,195) secara digital tanpa disedari oleh anda. Jadi, inilah cara pihak bank mencipta dan mengaut keuntungan melalui simpanan dan pinjaman yang dilakukan oleh orang ramai.

(10). Dan ini jika pinjaman dihentikan pada Nawi, sahaja, dan tidak termasuk jika ada penyimpan lain. Jika diteruskan simpanan dan pinjaman, melalui sistem FRS ini (-10%), pihak bank boleh menghasilkan keuntungan daripada simpanan RM5000 menjadi berjuta-juta ringgit. Dasyat kan?

Punca nilai wang semakin susut

nilai duit

Jadi inilah faktor yang menjadi punca kepada mengapa nilai wang kita jatuh hari demi hari. Semakin banyak wang berada di pasaran, semakin susut nilainya. Dan secara tak langsung barang menjadi mahal, yang makin mencekik leher kita. Tidak dapat disangkal lagi sistem ini amatlah kejam, termasuk institusi bank, namun kita lah yang lebih kejam jika kita sendiri yang menyokong sistem ini, dengan menyimpan dan membuat pinjaman, itu belum kira riba.

Penggunaan kad debit dan kredit mengukuhkan sistem ini

kad kredit

Penyumbang paling kuat kepada sistem ini adalah penggunaan kad debit dan kredit, kerana tanpa penggunaan kad-kad ini oleh kita, pastinya sistem ini tidak akan dapat bertahan. Cuba jika semua rakyat Malaysia pergi ke bank dan keluarkan duit bersama-sama, pasti hanya 10% sahaja daripada kita yang mendapat jumlah wang yang kita punya di bank, kerana pihak bank tidak mempunyai wang sejumlah yang tertulis di akaun kita jika digabungkan. 

Simpan dalam bentuk komoditi

komoditi emas 272

Pihak bank hanya menghasilkan wang secara digital melalui digit-digit di dalam akaun online kita. Jadi, jika ingin menyimpan wang, tukarkanlah wang tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak kerana nilai pada komoditi ini tidak akan susut. Malah, ia terbalik, di mana semakin susut nilai wang, semakin tinggi harga komoditi. Jadi, gunakanlah akal yang diberikan dan percaya kepada Allah.

p/s: Now dah tau kenapa saya keluar dari bank? Jarang menggunakan khidmat bank? Tiada kad kredit? Mana yang saya boleh elak saya elak dan kalau lagi best kita sama-sama beri kefahaman ini kepada seluruh orang Islam kita. Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada bank. Percaya, Allah sentiasa bersama kita.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)